Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece – Manga Mengesahkan Shanks Ada Kembar Jahat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 26, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
One Piece – Manga Mengesahkan Shanks Ada Kembar Jahat!

Kredit: X@PookiePiece

Share on FacebookShare on Twitter

“Red Haired” Shanks, salah satu watak paling penting dalam One Piece, sering dikaitkan dengan pelbagai misteri. Namun, perkembangan terkini dalam cerita benar-benar menggubah segala jangkaan. Bukan sahaja Shanks disahkan berasal dari keturunan Celestial Dragon melalui keluarga Figarland, tetapi dia juga mempunyai kembar, menurut One Piece bab 1134.

Siapa Sebenarnya Kembar Shanks?

Kembar Shanks diperkenalkan secara rasmi dalam bab 1134 melalui adegan dramatik di Elbaf. Dalam adegan tersebut, dua individu misteri muncul dari sebuah “summoning circle”, kedua-duanya merupakan ahli Holy Knights. Salah seorang daripada mereka adalah wanita yang tidak dikenali. Namun, individu kedua mengejutkan peminat—kerana rupa parasnya serupa dengan Shanks!

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Pendedahan ini menjawab salah satu persoalan besar yang muncul dalam bab 907, di mana “Shanks” dilihat bertemu dengan Five Elders (Gorosei). Dalam adegan itu, Five Elders bercakap mesra dengannya dan membenarkan permintaannya. Namun, peminat yang teliti perasan bahawa “Shanks” dalam adegan itu tidak mempunyai parut ikoniknya, mencetuskan teori bahawa individu tersebut bukanlah Shanks sebenar, tetapi penyamar—atau kembarnya.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Sebenarnya, kewujudan kembar ini telah diusik dalam beberapa bab dahulu:

  1. Rujukan Dragon tentang Holy Knights: Ketika Monkey D. Dragon pertama kali menyebut tentang Holy Knights, peminat perasan siluet yang sangat mirip dengan Shanks.
  2. Bab 1121: Dalam Egghead Arc, seorang watak dengan pedang saber dan rupa yang sama seperti Shanks muncul sekali lagi, menambah tanda tanya.
  3. Flashback milik Kuma: Saint Garling Figarland pernah menyebut tentang anak-anaknya, memberi bayangan bahawa Shanks mempunyai adik-beradik. Hal ini mengesahkan bahawa Garling memiliki lebih daripada seorang anak.
Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Perbezaan Antara Shanks dan Kembarnya

Kembar Shanks dikatakan kekal setia kepada Celestial Dragon dan keluarga Figarland, mungkin sebagai anggota berpangkat tinggi dalam Holy Knights atau bahkan sebagai Komander Tertinggi mereka. Sikap ini sangat berbeza dengan Shanks, yang memilih menjadi lanun dan meninggalkan asal-usul bangsawannya.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha

Banyak spekulasi mengatakan bahawa kembar Shanks mungkin akan menjadi antagonis utama dalam Elbaf Arc di mana kesetiaannya kepada Celestial Dragon menjadikannya ancaman besar kepada kru Straw Hat. Namun, sama ada dia akan menjadi musuh utama atau memainkan peranan yang lebih kompleks masih menjadi persoalan.

Kredit: Eiichiro Oda/Shueisha, Toei Animation

Walaupun kewujudan kembar Shanks telah disahkan, banyak misteri masih belum terungkai. Bagaimana hubungan antara mereka? Adakah mereka akan menjadi musuh, atau adakah mereka akan membentuk pakatan yang tidak dijangka?

Tags: mangaone pieceShanks
ShareTweetSend
Previous Post

BLEACH Rebirth of Souls – Gameplay Baharu & Senarai Watak Terkini!

Next Post

Jujutsu Kaisen – Rumusan “Epilog Khas” Mengisahkan Ozawa, Panda, Nobara & Uraume!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Jujutsu Kaisen – Rumusan “Epilog Khas” Mengisahkan Ozawa, Panda, Nobara & Uraume!

Jujutsu Kaisen - Rumusan "Epilog Khas" Mengisahkan Ozawa, Panda, Nobara & Uraume!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd