Dalam pengumuman terkini, Hotta Studio telah melancarkan ujian beta tertutup terhad untuk judul” free-to-play supernatural urban open-world RPG”, Neverness to Everness, di China. Bersama ujian beta ini, pembangun turut mendedahkan ciri-ciri baharu, watak, dan kemas kini cerita yang mewarnai dunia permainan.

Hethereau
Neverness to Everness mengajak pemain ke sebuah bandar dinamik yang sentiasa berubah, Hethereau, di mana elemen biasa dan supernatural bertembung. Dengan tiga bab dalam jalan cerita utama dan pelbagai misi sampingan (setakat ini), pemain boleh mengalami kehidupan penduduk Hethereau, menyelidik misteri di sebalik fenomena pelik.

Game ini dibangunkan menggunakan Unreal Engine 5, untuk memberikan pengalaman visual yang hebat. Daripada jalanan neon yang terang, pasar yang sibuk, hingga kawasan yang diselubungi anomali, setiap sudut Hethereau dihasilkan dengan penuh teliti.
Sekutu dan Musuh Baharu
Sejak didedahkan pada bulan Julai lalu, Neverness to Everness telah mengembangkan barisan watak, memperkenalkan sekutu dan musuh baharu.

- Sekutu Baharu: Dua watak utama—Adler (watak yang boleh dimainkan) dan Edgar—telah diperkenalkan sebagai anggota penting Eibon Antique Shop. Watak-watak ini akan sering menemani protagonis, menyumbang kepada dinamik cerita dan pertempuran.
- Bos Baharu yang Mencabar: Beta ini turut memperkenalkan bos bab dan bos anomaly commission, masing-masing dengan gaya pertempuran tersendiri dan latar belakang yang kompleks.

Penceritaan di sebalik setiap bos juga menawarkan pengalaman naratif. Dengan meneroka motivasi dan asal usul musuh ini, pemain akan merasakan hubungan yang lebih kuat dengan bandar dan penghuninya.
Boleh Memandu?
Memandu di Hethereau kini lebih menarik. Beta terkini memperkenalkan mekanik kenderaan yang diluaskan:

- Pemain boleh membeli kereta mereka sendiri di New Way Car atau menyewa kenderaan secara langsung dari lokasi tepi jalan.
- Pengalaman Pemanduan Realistik: Fizik pemanduan yang ditambah baik menjadikan setiap perjalanan terasa realistik, dengan kenderaan kini mengalami kerosakan fizikal akibat perlanggaran. Pemain perlu mengunjungi New Way untuk membaiki kereta mereka, menambahkan elemen realisme kepada pengembaraan urban mereka.
Kemas kini ini menjadikan pemanduan bukan sekadar mod pengangkutan, tetapi bahagian penting dalam game, menggalakkan penerokaan dan interaksi dengan dunia.
Neverness to Everness sedang dibangunkan untuk PlayStation 5, PC, iOS, dan Android. Walaupun tarikh pelancaran global masih belum diumumkan, maklumat ini menunjukkan masa depan yang menjanjikan untuk RPG supernatural ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post