Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

2K Launcher Rasmi Dihentikan di Epic dan Steam!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
2K Launcher Rasmi Dihentikan di Epic dan Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 18 November 2024, 2K Games secara rasmi telah menghapuskan 2K Launcher dari semua game mereka di Epic Games Store dan Steam.

Langkah ini menandakan berakhirnya integrasi launcher tersebut, yang sebelum ini menerima pelbagai reaksi daripada komuniti gaming. Bersama dengan launcher utama, 2K Launcher Beta yang digunakan dalam Sid Meier’s Civilization V juga telah dihentikan.

Kredit: 2K

Jika anda perasan folder bernama 2KLauncher digantikan dengan fail teks bernama 2kLauncherRemoved.txt, jangan risau—ia hanya penanda untuk menunjukkan penghapusan telah dilakukan. Fail ini selamat untuk dipadam, dan jika anda ingin membersihkan sisa fail 2K Launcher sepenuhnya dari sistem , panduan rasmi boleh didapati di SINI.

Selepas perubahan ini, tajuk-tajuk popular 2K seperti Bioshock Remastered, Bioshock 2 Remastered, Bioshock Infinite, The Quarry, dan Marvel’s Midnight Suns kini akan dilancarkan terus ke dalam game sebaik sahaja anda klik “Play.”

Pendekatan ini menghapuskan langkah tambahan untuk berinteraksi dengan launcher, membolehkan pemain terus masuk ke game dengan lebih pantas.

Kredit: 2K

Berita baik untuk pemain! Save File anda tidak terjejas oleh penghapusan launcher ini. Kemajuan game anda akan kekal seperti biasa. Selain itu, selagi anda telah membeli game itu di Steam atau Epic Games Store, anda akan terus mempunyai akses penuh kepadanya di platform tersebut.

Untuk maklumat lanjut tentang membersihkan fail launcher yang masih tinggal, pastikan anda melawat panduan rasmi.

Tags: 2K LauncherEpicsteam
ShareTweetSend
Previous Post

Konsol “PS5 Portable” Dilaporkan Dalam Pembangunan Oleh Sony, Bukan Seperti PS Portal

Next Post

Apple Umum Senarai Finalis Bagi 2024 App Store Awards!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Apple Umum Senarai Finalis Bagi 2024 App Store Awards!

Apple Umum Senarai Finalis Bagi 2024 App Store Awards!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd