Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Memperkenalkan Swift 14 AI, Harga Bermula RM 4,399!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 29, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Acer Memperkenalkan Swift 14 AI, Harga Bermula RM 4,399!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini memperkenalkan laptop Swift 14 AI yang direka untuk para pengguna moden yang menghargai kebebasan dan kelenturan tanpa mengorbankan prestasi.

Kredit: Acer Malaysia

Laptop ini menampilkan rekaan yang ringan dan nipis, dengan ketebalan 9.7 mm dan berat hanya 1.3 kg, menjadikannya mudah dibawa ke mana saja. Dilengkapi paparan OLED WUXGA 14 inci dengan liputan warna 100% DCI-P3, laptop ini menawarkan visual yang tajam dan warna yang cerah untuk pengalaman visual premium.

Dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 7 Siri 2 dan grafik Intel ARC, Swift 14 AI menjalankan pelbagai tugasan intensif dengan lancar dan berkesan, disertai daya tahan bateri sehingga 17 jam untuk produktiviti yang berpanjangan. Prestasi cekapnya ditingkatkan lagi oleh Wi-Fi 7, menyediakan pengalaman atas talian yang lancar.

Kredit: Acer Malaysia

Acer juga melengkapkannya dengan ciri-ciri berasaskan AI, termasuk pembetulan pandangan mata automatik untuk mesyuarat maya yang lebih baik dan pengurangan bunyi latar belakang yang memastikan panggilan suara bebas gangguan. Acer PurifiedView 2.0 dan PurifiedVoice 2.0, dipadankan dengan NPU Intel, meningkatkan kualiti panggilan dan membolehkan tetapan kamera dan mikrofon yang dioptimumkan.

Acer Swift 14 AI turut menyokong fungsi Live Caption oleh Copilot+ yang boleh menterjemah 40 bahasa secara masa nyata ke bahasa Inggeris, memudahkan kolaborasi antarabangsa. Dengan kekunci AcerSense, pengguna boleh mengawal metrik prestasi, memilih mod prestasi, dan memantau tahap bateri untuk memastikan laptop beroperasi dengan optimal.

Kredit: Acer Malaysia

Ciri keselamatan User Sensing 2.0 pula mengunci laptop secara automatik apabila pengguna menjauh dan membuka kunci secara segera apabila mereka kembali, menjadikan Swift 14 AI sangat responsif dan bersedia untuk digunakan pada bila-bila masa.

Acer Swift 14 AI dipasang dengan lesen berkekalan Microsoft Home dan Student dan langganan untuk Microsoft Office 365 selama setahun.

Kredit: Acer Malaysia

Laptop ini tersedia dalam dua varian: versi dengan Intel Core Ultra 7 bersama RAM LPDDR5X 32GB dengan harga RM 4,999, dan versi Intel Core Ultra 5 dengan RAM LPDDR5X 16GB pada harga RM 4,399; di di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan juga di penjual rasmi Acer di seluruh negara.

Bagi pembelian dari 29 Oktober hingga 12 November 2024, pelanggan juga akan menerima fon kepala tanpa wayar Sony WF-510 bernilai RM 299, selagi stok masih ada.

Tags: Acer Swift 14 AI
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Dragon Age: The Veilguard – Berjaya Mengatasi Segala Jangkaan Walaupun Berhadapan Ancaman!

Next Post

Pencipta “One Piece” Eiichiro Oda Memimpin Senarai Mangaka Paling Kaya Di Dunia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pencipta “One Piece” Eiichiro Oda Memimpin Senarai Mangaka Paling Kaya Di Dunia!

Pencipta "One Piece" Eiichiro Oda Memimpin Senarai Mangaka Paling Kaya Di Dunia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd