Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2024
in Artikel, Berita, Game, Seram
0 0
0
Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam mesej khas sempena ulang tahun ke-10 Alien: Isolation, anak syarikat SEGA, Creative Assembly, telah secara rasmi mengumumkan bahawa sekuel kepada game survival horror yang terkenal itu kini sedang dalam peringkat awal pembangunan. Berita ini disampaikan terus oleh Pengarah Kreatif, Alistair Hope, yang berkongsi perkembangan menarik ini dengan para peminat di seluruh dunia.

Kredit: Creative Assembly

“Hari ini, saya gembira untuk mengesahkan, bagi pihak pasukan, bahawa sekuel kepada Alien: Isolation sedang dalam pembangunan awal,” kata Hope. “Kami tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak maklumat apabila kami sudah bersedia.”

Pengumuman ini merupakan detik penting bagi peminat francais Alien, terutamanya bagi mereka yang telah lama menantikan sambungan kepada game yang dikeluarkan pada 2014. Alien: Isolation dipuji kerana keasliannya dan keupayaannya untuk mengekalkan suasana menakutkan seperti filem Alien yang diterbitkan pada tahun 1979, menjadi salah satu game survival horror yang menonjol. Game ini menumpukan pada protagonis Amanda Ripley yang cuba bertahan dalam dunia Alien, dikejar oleh makhluk Xenomorph yang bahaya.

Kredit: ©SEGA

Merenungkan perjalanan sejak pelancaran Alien: Isolation, Hope menyatakan dedikasi pasukannya dalam mencipta pengalaman Alien yang tulen. “Apabila kami mula membangunkan Alien: Isolation, kami berpegang kepada satu prinsip utama: untuk mencipta pengalaman yang benar-benar autentik, kembali kepada asas francais Alien—kisah baru yang menangkap suasana dan ketakutan dari filem masterpiece 1979,” jelasnya.

Kredit: ©SEGA

Walaupun butiran khusus mengenai sekuel ini masih dirahsiakan, pengesahan pembangunannya adalah pencapaian besar. Creative Assembly telah membina reputasi kukuh dalam mencipta pengalaman survival yang penuh tension dan atmosferik, dan para peminat tidak sabar untuk melihat bagaimana mereka akan membina asas yang telah diletakkan oleh game asal.

Kredit: ©SEGA

Buat masa ini, pemain perlu menunggu maklumat lanjut, tetapi janji untuk kembali ke dunia Alien sudah cukup untuk membangkitkan keterujaan dalam komuniti. Sebagai penutup mesejnya, Hope meninggalkan para peminat dengan kenyataan yang ringkas tetapi penuh harapan: “Sekali lagi, terima kasih. Hingga kita bertemu lagi.”

Tags: Alien: Isolation
ShareTweetSend
Previous Post

Coway Malaysia Pecat Pekerja Kerana Main PS4 Semasa Kerja, Mahkamah Setuju!

Next Post

21 Filem Klasik Studio Ghibli Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
21 Filem Klasik Studio Ghibli Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia!

21 Filem Klasik Studio Ghibli Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd