Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

21 Filem Klasik Studio Ghibli Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
21 Filem Klasik Studio Ghibli Akan Ditayangkan Di Pawagam Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Filem animasi kegemaran ramai dari Studio Ghibli bakal kembali ke pawagam di Malaysia, hasil daripada kerjasama besar antara syarikat produksi filem yang berpangkalan di Singapura, mm2 Entertainment, dan studio animasi terkenal Jepun, Studio Ghibli!

Kerjasama ini akan menyaksikan 21 filem ikonik Studio Ghibli ditayangkan di seluruh Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, Brunei, Thailand, Kemboja, Filipina, dan Indonesia.

Tayangan semula yang akan berlangsung selama lima tahun ini memberikan peluang kepada penonton untuk menyaksikan semula atau pertama kali menikmati karya ikonik Ghibli. Antara filem yang akan ditayangkan di layar perak termasuk My Neighbour Totoro, Spirited Away, Ponyo, Princess Mononoke, dan Howl’s Moving Castle—semuanya diarahkan oleh pengarah legenda, Hayao Miyazaki.

mm2 Entertainment, melalui syarikat induknya mm2 Asia, akan mengendalikan tayangan terus di Malaysia dan Singapura. Di negara lain, syarikat itu akan bekerjasama dengan rakan tempatan untuk membawa sinematik Ghibli kepada penonton di seluruh rantau ini. Tayangan di Malaysia dijangka bermula hujung tahun ini, walaupun tarikh dan lokasi spesifik masih belum diumumkan.

Studio Ghibli, yang ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Hayao Miyazaki, Isao Takahata, dan penerbit Toshio Suzuki, telah menjadi nama besar dalam industri animasi global. Dengan gaya animasi lukisan tangan yang tersendiri dan penceritaan emosi yang mendalam, studio ini telah menghasilkan beberapa filem yang diiktiraf secara kritikal dan meninggalkan kesan mendalam dalam dunia animasi.

Filem seperti Spirited Away, yang meraih lebih daripada 31.68 bilion yen di Jepun dan lebih dari USD 380 juta di seluruh dunia, dianggap sebagai mahakarya animasi moden. Filem ini memenangi anugerah Golden Bear yang berprestij di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2002 dan Anugerah Akademi untuk Filem Animasi Terbaik pada 2003. Filem Ghibli lain seperti The Boy and the Heron juga mendapat pengiktirafan antarabangsa, dengan filem itu memenangi Anugerah Akademi 2024 untuk Filem Animasi Terbaik.

Tags: GhibliMalaysia
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel Alien: Isolation Sedang Dibangunkan Oleh SEGA

Next Post

[TGS24] Merangka Masa Depan Palworld: Interviu Bersama Bucky dari PocketPair

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[TGS24] Merangka Masa Depan Palworld: Interviu Bersama Bucky dari PocketPair

[TGS24] Merangka Masa Depan Palworld: Interviu Bersama Bucky dari PocketPair

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd