Hari ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka bersama The Pokémon Company telah memfailkan saman pelanggaran paten terhadap Pocketpair, atas itu melibatkan game popular Palworld.

Secara khususnya, saman pelanggaran paten terhadap Pocketpair dibuat di Mahkamah Daerah Tokyo pada 18 September, di mana Nintendo dan The Pokémon Company menuntut pelanggaran dan pampasan ganti rugi atas alasan bahawa Palworld melanggar beberapa hak paten, menurut kenyataan syarikat itu.
Nintendo tidak menyatakan secara terperinci hak paten mana yang dilanggar oleh Palworld, tetapi berkata bahawa mereka akan terus mengambil tindakan yang diperlukan terhadap pelanggaran hak harta intelek mereka bagi melindungi aset yang telah mereka bina selama bertahun-tahun.
Bagi mereka yang tidak tahu, Palworld adalah game action-adventure, survival, dan game menjinak raksasa yang dilancarkan melalui early access untuk Windows, Xbox One, dan Xbox Series X/S pada Januari 2024.

Gameini berlatarbelakangkan dunia terbuka yang dihuni oleh makhluk yang dipanggil “Pals”, yang boleh pemain lawan dan tangkap untuk digunakan dalam pembinaan pangkalan, eksplorasi, dan pertempuran.
Premis komedi game ini, yang melibatkan penggunaan senjata api dan membekalkan Pals dengan senjata tersebut, telah mendapat gelaran “Pokémon dengan senjata.”

Palworld terjual sebanyak 8 juta unit dalam tempoh enam hari pertama early access dan mencapai lebih dua juta pemain serentak di Steam, menjadikannya game ketiga paling dimainkan sepanjang masa di platform itu. Setakat 22 Februari 2024, game ini telah terjual lebih 15 juta unit dan merupakan salah satu game PC terlaris.

Tidak lama selepas pelancaran, ramai di internet mendakwa terdapat persamaan antara reka bentuk beberapa Pals dan Pokémon, di mana seorang netizen mendakwa menunjukkan bukti plagiarisme bagi aset permainan.
Walau bagaimanapun, CEO Pocketpair menyatakan bahawa konsep watak-watak itu sebahagian besarnya direka oleh seorang pelajar lepasan ijazah yang diupah pada tahun 2021. Dia juga menyatakan bahawa game ini telah lulus ulasan undang-undang.
here’s the CEO of Pocketpair talking about using AI to bypass copyright, generating fakemons with it, calling AI: Art Imposter a real-time image generation game, and being excited for games powered by GPT-4 pic.twitter.com/79xwZr0yEI
— Zaytri 🍉 (@imZaytri) January 19, 2024
Setakat artikel ini ditulis, Pocketpair masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap saman ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post