Peminat Pokémon, ayuh berkumpul! Bersiap sedia untuk berlatih bersama Pokémon kegemaran anda di Pokémon Run Malaysia!
Ditaja oleh Julie’s Biscuits, Pokémon Run 2024 akan diadakan pada 10 November 2024 di Piazza, Pavilion Bukit Jalil. Bukan itu sahaja acara untuk dinikmati, kerana Pokémon Festival turut akan diadakan di lokasi yang sama dari 7 hingga 10 November.

Ingin sertai? Berikut adalah butiran lengkap bagi kedua-dua acara:
Pokémon Run

Uji had anda dan capai garisan penamat dalam 4KM Challenge Run! Seperti saya kata tadi, sesi maraton ini hanya akan diadakan pada 10 November sahaja, dan diadakan di The Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
Kumpulkan keluarga dan rakan-rakan anda untuk pagi yang penuh dengan keseronokan berjalan, berjoging, atau berlari! Nikmati aktiviti menarik sepanjang perjalanan sambil menamatkan larian bersama-sama.
Gambar di bawah menunjukkan laluan yang peserta akan lari di fun run tersebut.

Bagi peserta, anda akan menerima baju larian rasmi, bib, beg drawstring, visor, tuala, dan medal berkilau untuk memperingati pengembaraan epik anda. semuanya dinspirasikan oleh maskot terkenal, Pikachu. Bukan itu sahaja, setiap kit Pokémon Run Malaysia juga mempunyai Pokémon Trading Card Game Fun Pack eksklusif dan Playmat bagi permainan kad TCG!

Oleh kerana ini adalah Pokémon Run pertama di Malaysia, kami ingin memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan untuk semua orang!
Ini adalah fun run, jadi ibu bapa boleh berlari bersama anak-anak mereka dan berseronok meneroka laluan larian kami, yang akan dipenuhi dengan zon bergambar, di mana pelari boleh mengambil gambar dengan Pokémon kegemaran mereka! Barangan dalam Running Kit kami juga direka khusus hanya untuk Pokémon Run di Kuala Lumpur 2024, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang ini!
kata penganjur acara.
Pendaftaran awal untuk Pokémon Run Malaysia kini dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan diskaun istimewa!
Asalnya berharga RM140, anda hanya perlu membayar RM120 jika daftar sekarang! Namun, sila ambil perhatian bahawa promosi ini akan berakhir pada 30 September 2024. Mulai 1 Oktober 2024, yuran pendaftaran akan meningkat kepada RM140.

Daftar di https://race.mas.run/pokemonrun2024 untuk mendapatkan barangan ini dan menikmati Pokémon Run Malaysia!
Pokémon Festival

Bagi mereka yang tidak ingin berlari tetapi masih mahu terlibat, ayuh datang ke Pokémon Festival! Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan Pikachu kerana kemasukan adalah percuma!
Akan berlangsung selama empat hari bermula 7 hingga 10 November di Piazza, Pavilion Bukit Jalil, datang dan lihat maskot ikonik tersebut dalam hari yang penuh dengan aktiviti menarik untuk memperingati pengembaraan Pokémon anda.

Banyak aktiviti menarik menanti, antaranya termasuk:
- Bersaing di Pokémon TCG Card Game Corner dengan tutor khas. Khususnya, aktiviti ini boleh ditemui di Level 2, Orange Zone, bersebelahan dengan kedai buku Tsutaya. Mereka yang masuk akan menerima Kad Promosi khas.
- Kumpulkan setem dan lengkapkan seni setem Pokémon melalui permainan karnival, seperti Poké Ball Throw, Pokémon Puzzle Games, dan banyak lagi.
- Melompat dan bermain dengan watak-watak Pokémon kegemaran anda di inflatable zone.
- Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan barangan Pokémon dan sertai aktiviti-aktiviti original daripada penaja yang lain.
Kami sangat teruja kerana dapat menyediakan acara Pokémon Run ini buat pertama kalinya di Malaysia. Harap ini akan menjadi kenangan yang manis bersama Pokémon untuk semua orang!
kata penganjur acara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
@gamersantaimy
Discussion about this post