Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime 90-an ‘Yaiba’ Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 5, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime 90-an ‘Yaiba’ Dapat Remake Moden, Satu Lagi Karya Oleh Pencipta Detective Conan
Share on FacebookShare on Twitter

Majoriti menganggap ‘Detective Conan‘ sebagai satu-satunya siri terkenal oleh Gosho Aoyama. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu tentang Yaiba, yang dicipta sebelum Conan dilahirkan. Mengisahkan tentang seorang samurai kecil, ia mempunyai siri anime sendiri pada tahun 1990-an. Kini kami menerima pengesahan bahawa anime Yaiba akan menerima remake untuk penonton moden!

Menurut laman web rasmi, anime ini bertajuk “Shin Samurai-den YAIBA” dan juga mendedahkan visual poster dan trailer pertama. Walaupun tarikh tayangan rasmi tidak didedahkan, kami tahu siapa yang akan melakonkan tiga watak utama.

  • Minami Takayama sebagai Yaiba Kurogane
  • Manaka Iwami sebagai Sayaka Mine
  • Yoshimasa Hosoya sebagai Takeshi Onimaru
Kredit: ©青山剛昌 / 小学館 / 真・侍伝 YAIBA 製作委員会

Bagi mereka yang kurang tahu, Yaiba ialah siri manga oleh Gosho Aoyama, yang disirikan dalam Weekly Shonen Sunday dari 1988 hingga 1993. Selepas meraih populariti, manganya telah diadaptasi menjadi siri anime sebanyak 52 episod oleh Pastel, bertajuk Kenyu Densetsu Yaiba, yang disiarkan dari 1993 hingga 1994. Watak ini kerap dirujuk Detective Conan, malah pernah muncul dalam “Conan vs. Kid vs. Yaiba – The Grand Battle for the Treasure Sword!!” – OVA pada tahun 2000.

Sinopsis

Kredit: ©青山剛昌 / 小学館 / 真・侍伝 YAIBA 製作委員会

“Protagonis, Kurogane Yaiba, ialah seorang kanak-kanak samurai yang berlatih di dalam hutan bersama bapanya, Kenjurou. Tanpa diduga, samurai kecil itu kembali ke Jepun dan bertemu dengan pesaingnya, Onimaru Takeshi. Yaiba, yang sentiasa untuk pertempuran yang serius, memulakan pengembaraan menakjubkan apabila Onimaru memperoleh “Legendary Demon Sword!”

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Yaiba
ShareTweetSend
Previous Post

A Minecraft Movie Akan Ditayangkan Pada April 2025 Di Malaysia

Next Post

Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun

Manga Twin Star Exorcists Tamat Selepas 11 Tahun

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd