Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Malaysia Umum Laptop Vivobook S 15 & Tablet ProArt PZ13, Dikuasakan Snapdragon X Plus

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Tablet, Teknologi
0 0
0
ASUS Malaysia Umum Laptop Vivobook S 15  & Tablet ProArt PZ13, Dikuasakan Snapdragon X Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Malaysia mengumumkan pelancaran PC Copilot+ terbaharunya: laptop ultraportable ASUS Vivobook S 15 dan tablet untuk pencipta ProArt PZ13, yang dikuasakan oleh processor 8-core Snapdragon X Plus.

Berikut adalah info lengkap:

ASUS Vivobook S 15

Kredit: ASUS Malaysia

ASUS Vivobook S 15 menampilkan badan logam nipis 14.7 mm, berat 1.42 kg  dengan estetika minimalis dan logo ukiran CNC premium. Bateri 70 Wh menyediakan sehingga 19+ jam penggunaan, dengan pengecasan pantas dan ASUS USB-C Easy Charge. Ia termasuk keyboard keyboard RGB single-zone, kekunci Copilot khusus untuk akses segera kepada alatan AI — termasuk Copilot, Live Captions dan  Cocreator — dan pad sentuh luas dengan kawalan intuitif.

Kredit: ASUS Malaysia

Ia juga termasuk aplikasi dikuasakan AI StoryCube yang membolehkan pengguna merealisasikan aspirasi kreatif mereka. Kesambungan amat bervariasi dengan dua port USB4, USB 3.2, HDMI 2.1, slot microSD dan  WiFi 7 untuk kelajuan tinggi sehingga 5.8 Gbps. Paparan OLED ASUS Lumina 15.6 inci 3K 120 Hz, dengan gamut warna 100% DCI-P3 dan audio Dolby Atmos, memberikan pengalaman audiovisual yang luar biasa, sesuai untuk produktiviti dan hiburan.

Kredit: ASUS Malaysia

ASUS Vivobook S 15 kini boleh didapati di Malaysia dalam dua varian – varian yang lebih premium dikuasakan oleh platform Snapdragon X Elite yang dilancarkan awal tahun ini, serta pilihan yang lebih mudah diakses hari ini, menampilkan platform Snapdragon X Plus.

ASUS Vivobook S 15 (S5507) yang dikuasakan oleh platform Snapdragon X Plus berharga RM4,899. Ia kini tersedia di ASUS eStore serta kedai rasmi ASUS, dalam talian dan luar talian.

ProArt PZ13

Kredit: ASUS Malaysia

ProArt PZ13 ialah tablet dengan berat 0.85 kg dan kenipisan 9 mm serta daya tahan IP52 gred militari. Tablet Copilot+ ini kaya dengan port: termasuk dua USB4 dan pembaca kad SD yang menyokong sehingga 312MB/s UHS-II. Bateri 70 Wh membolehkan penggunaan yang lama, menawarkan sehingga 21 jam tontonan video FHD.

Skrin sentuh 3K ASUS Lumina OLED menyokong input stylus dan menawarkan visual yang menakjubkan dengan sijil Pantone Validated dan nisbah aspek 16:10. ProArt PZ13 termasuk alatan AI seperti StoryCube untuk pengurusan aset dan ProArt Creator Hub untuk kerja. Ia juga disertakan dengan langganan CapCut selama enam bulan.

Kredit: ASUS Malaysia

Dengan kamera depan 5MP dengan sokongan IR untuk Windows Hello dan kamera belakang 13MP, ProArt PZ13 membolehkan  pencipta mengeluarkan kreativiti mereka, di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

ProArt PZ13 berharga RM6,999, dan kini tersedia di ASUS eStore serta kedai rasmi ASUS, dalam talian dan luar talian.

Your Voice Matters

ASUS Malaysia juga sedang menjalankan kempen Your Voice Matters, di mana pengguna dijemput untuk meninggalkan ulasan positif tentang laptop ASUS/ROG baharu mereka untuk menerima ganjaran bernilai sehingga RM99. Untuk  maklumat lanjut, sila tekan SINI.

Tags: ProArt PZ13Vivobook S 15
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] XD Menjelaskan Kejayaan Sword of Convallaria, RPG Klasik Dengan Naratif Pilihan Pemain!

Next Post

Acer Memperkenalkan Handheld Gaming PC Pertama – Nitro Blaze 7!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Acer Memperkenalkan Handheld Gaming PC Pertama – Nitro Blaze 7!

Acer Memperkenalkan Handheld Gaming PC Pertama – Nitro Blaze 7!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd