Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penyanyi Popular Mayu Maeshima Turut Akan Muncul Di LEVEL UP PLAY!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 29, 2024
in Acara, Anime, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Penyanyi Popular Mayu Maeshima Turut Akan Muncul Di LEVEL UP PLAY!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mendapat berita bahawa Nami Tamaki akan datang ke Malaysia tidak lama lagi, nampaknya seorang lagi penyanyi terkenal juga dijemput. Semalam, LEVEL UP PLAY mengesahkan bahawa Mayu Maeshima turut akan mengadakan persembahan di acara tersebut yang berlangsung bermula 13 hingga 15 September di KLCC.

Terkenal dengan vokalnya yang kuat dan anisong yang popular, Mayu Maeshima memulakan kerjaya muziknya sebagai pemuzik indie, lalu menjadi vokalis utama untuk unit muzik MYTH & ROID dari 2015 hingga 2017. Selepas meninggalkan MYTH & ROID, dia menyambung semula aktiviti sebagai artis solo, membuat debut utamanya pada 2019. Popularitinya meningkat dengan mendadak, dan kini muzik telah ditampilkan dalam pelbagai siri anime.

Sebagai contoh, single solo pertamanya “Long shot” digunakan sebagai lagu opening untuk musim kedua siri Re:Zero − Starting Life in Another World, manakala lagu “Reline” digunakan sebagai tema utama untuk game Re:Zero: The Prophecy of the Throne.

Pada 2021, single keduanya “ANSWER” digunakan sebagai lagu opening untuk Full Dive. Pada 2022, single ketiganya “No Man’s Dawn” digunakan sebagai lagu penamat untuk musim keempat anime Overlord, dan pada tahun yang sama, single keempatnya “story” digunakan sebagai lagu opening untuk anime Uncle from Another World.

Akan berlangsung bermula 13 hingga 15 September di KLCC, LEVEL UP PLAY ialah acara Business to Consumer (B2C) di bawah MYDCF untuk meraikan kandungan digital terbaik yang dibangunkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & antarabangsa. Acara ini menampilkan game terbaharu, animasi terbaharu, esukan, permainan kad dagangan (TCG), konsert, barangan premium, gajet & teknologi serta persembahan hiburan, untuk menyediakan ruang bagi peminat turut terlibat.

Jika berminat, anda boleh mendapatkan tiket sekarang! 3-Day Pass (13-15 Sep) bernilai sebanyak RM40, manakala Single Day Pass dijual pada RM20. Tiket boleh dibeli di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Level Up PlayMayu Maeshima
ShareTweetSend
Previous Post

[EKSKLUSIF] Interviu Visions of Mana – Memberi Definisi Baharu Kepada Dunia Fantasi

Next Post

Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali

Blue Protocol Dihentikan di Jepun, Versi Global Terpaksa Dibatalkan Sekali

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd