Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia Umum Tablet Iconia Tab P11 & Iconia Tab A8 – Harga Promo Bermula RM499!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 28, 2024
in Artikel, Berita, Tablet, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia Umum Tablet Iconia Tab P11 & Iconia Tab A8 – Harga Promo Bermula RM499!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia rasminya mengumumkan kedatangan Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 baharu yang sesuai untuk membaca buku elektronik, menonton video, dan menghadiri seminar web.

Tablet-tablet Android baharu ini menggabung pengalaman hiburan dan pembelajaran untuk seluruh keluarga dan para pelajar, terutama dengan Google Kids Space yang menyediakan persekitaran yang aman untuk kanak-kanak ketika menggunakan bahan pembelajaran dan para ibubapa untuk merasa aman.

Acer Iconia Tab P11

Kredit: Acer Malaysia

Iconia Tab P11 dilengkapkan dengan paparan canggih titik kuantum (QLED) 2K 11 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz, digabung dengan gamut warna lebar 100% NTSC untuk menyediakan pengalaman tontonan yang terang.

Digabung dengan bingkai yang nipis, paparan ini menyediakan warna yang cerah dan perincian yang tajam ketika penstriman kandungan atau menyunting gambar atau dokumen. Panel sesentuh terbina dalam meningkatkan pengalaman visual dan kadar tindak balas skrin sesentuh berkat ukurannya yang lebih nipis dan ringan berbanding dengan LCD yang biasa.

Dengan berat 550g dan ukuran senipis 8.1mm, reka bentuknya yang mudah alih tidak dijejaskan oleh paparan yang besar. Dalam rangka aluminiumnya, Iconia Tab P11 berupaya untuk menjalankan pelbagai tugas dengan lancar dan mempunyai ruangan yang luas untuk pelbagai aplikasi, fail, dan media berkat cip pemproses lapan terasnya digabung dengan RAM 8 GB dan penyimpanan 256 GB yang boleh diluaskan melalui microSD sehingga 512 GB.

Jangka hayat bateri yang panjang dibolehkan dengan bateri 8,000mAh yang menyediakan permainan ulang video sepanjang 13 jam dan dicas pantas dengan cas pantas penghantaran kuasa USB 2.0.

Dengan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP, Acer Iconia Tab P11 akan tersedia mulai 1 September 2024 di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara. Ia dijual dengan harga rasmi RM 1,099.

Kredit: Acer Malaysia

Acer Iconia Tab A8

Kredit: Acer Malaysia

Iconia Tab A8 dilengkapkan dengan paparan 8.7 inci dengan reka bentuk aluminium berbingkai nipis untuk menyediakan tablet senipis 8mm dan seringan 400g kepada para pengguna. Ianya bersedia untuk membawa hidup kandungan wayang, permainan, dan pembelajaran kanak-kanak untuk penggunaan seluruh hari dengan bateri 6,000mAh.

Walau untuk kerja rumah, pembelajaran di atas talian, atau hiburan sekeluarga, Iconia Tab A8 menyediakan pengalaman yang lancar berkat cip pemproses lapan terasnya. Tablet ini datang lengkap dengan RAM LPDDR4 4 GB, penyimpanan dalaman 128 GB dan ruang MicroSD untuk penyimpanan tambahan.

Seperti dengan Iconia Tab P11, tablet ini menyediakan ruang yang aman untuk menerokai kandungan berkualiti tinggi yang direka untuk membantu pembelajaran kanak-kanak sambil membolehkan para ibubapa mengawal kandungan, masa skrin, dan banyak lagi. Acer Iconia Tab A8 mempunyai kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP untuk panggilan video dan menangkan saat-saat yang tidak boleh dilupakan.

Tersedia mulai 1 September 2024 di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, Acer Iconia Tab A8 dijual dengan harga rasmi RM699.

Kredit: Acer Malaysia

Promosi

Untuk menyambut kekembalian Acer Malaysia dalam pasaran tablet, para pelanggan boleh menikmati harga potongan istimewa sebanyak RM999 dan RM499 untuk masing-masing Acer Iconia Tab P11 dan A8, sehingga 14 September 2024.

Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan akan menerima selongsong perangkat secara percuma dengan setiap pembelian salah satu tablet.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Iconia Tab A8Iconia Tab P11
ShareTweetSend
Previous Post

‘Suikoden I&II HD Remaster: Gate Rune & Dunan Unification Wars’ Umum Tarikh Keluaran

Next Post

[EKSKLUSIF] Interviu Visions of Mana – Memberi Definisi Baharu Kepada Dunia Fantasi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X
Temuramah

Interviu Civilization: Eras & Allies – Produser Cliff Lance Menjelaskan Permulaan Era Baharu 4X

June 9, 2025
ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!
Teknologi

ROG Xbox Ally & Xbox Ally X – Revolusi Baru Dalam Segmen Handheld Gaming!

June 9, 2025
Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!
Review

Reviu How to Train Your Dragon (2025) – Naga Terbang Dari Animasi ke Realiti!

Next Post
[EKSKLUSIF] Interviu Visions of Mana – Memberi Definisi Baharu Kepada Dunia Fantasi

[EKSKLUSIF] Interviu Visions of Mana - Memberi Definisi Baharu Kepada Dunia Fantasi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd