Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025 Untuk Konsol & PC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025 Untuk Konsol & PC!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, 2K dan Gearbox Software secara rasmi mengumumkan bahawa Borderlands 4, entri seterusnya dalam francais looter-shooter ikonik ini, akan dilancarkan pada 2025 di PlayStation 5, Xbox Series X| S, dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Game ini kini tersedia untuk wishlist.

Borderlands 4 diumumkan semasa gamescom 2024 Opening Night Live dengan teaser trailer yang memberi visual pertama tentang planet serba baharu. Sebagai game utama ke-4 dan game ke-7 dalam keseluruhan francais, pemain sekali lagi akan memainkan peranan sebagai Vault Hunter yang legenda semasa mereka mencari harta karun rahsia milik makhluk asing sambil menembak segala perkara yang mereka lihat.

Kredit: 2K

Franchise Borderlands telah menjual lebih daripada 87 juta salinan setakat ini, lalu menerima pujian positif daripada para pengkritik dan peminat. Dengan watak yang tidak dapat dilupakan, world building yang mendalam, dan beratus-ratus senjata unik, francais ini telah mengukuhkan dirinya sebagai siri shooter yang mesti dimainkan.

Kredit: 2K

Randy Pitchford, Pengasas dan Presiden Gearbox Entertainment berkata:

“Pasukan dan saya di Gearbox mempunyai banyak perkara yang ingin kami lakukan dengan Borderlands sejak mula-mula memperkenalkan genre looter shooter kepada dunia dengan game original asal.

Kami semua di Gearbox mempunyai cita-cita besar untuk Borderlands 4 dan meletakkan segala yang ada untuk menjadikan semua yang kami suka tentang Borderlands lebih baik berbanding sebelum ini sambil membawa game ini ke tahap baharu dalam hala tuju baharu yang menarik.”

Kredit: 2K

Setakat ini, itu sahaja yang diumumkan. Maklumat lain seperti gameplay, watak, dan tarikh keluaran masih belum didedahkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Borderlands 4
ShareTweetSend
Previous Post

NetEase Umum Game Simulasi ‘Floatopia’ Untuk Konsol & Mobile

Next Post

Free-To-Play! Marvel Rivals Akan Lancar Pada 6 Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Free-To-Play! Marvel Rivals Akan Lancar Pada 6 Disember!

Free-To-Play! Marvel Rivals Akan Lancar Pada 6 Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd