Selepas pelbagai ujian alpha dan beta, kami akhirnya dapat pengesahan rasmi bahawa Marvel Rivals akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 6 Disember.
Dalam video di atas, Captain America dan Winter Soldier juga diumumkan sebagai watak yang boleh dimainkan. Bukan itu sahaja, semua hero akan dibuka sepenuhnya dan bebas untuk bermain semasa hari pelancaran, memastikan semua orang dapat mengalami sepenuhnya menjadi Super Hero kegemaran tanpa sebarang halangan.
⏳ All heroes unlocked and free-to-play at launch and beyond!
— Marvel Rivals (@MarvelRivals) August 20, 2024
It’s time to Team-Up and save the timestream from collapsing! Choose your hero and assemble your friends to battle in this epic showdown together.
Wishlist now on:
Steam: https://t.co/31ATUSYy2o
PlayStation:… pic.twitter.com/RYfN8KXcza
Bagi mereka yang tidak tahu, Marvel Rivals ialah game “6v6 super hero team-based player-versus-player shooter” di mana pemain mengumpul skuad Marvel sendiri, susun strategi dengan menggabungkan kuasa untuk membentuk skill Team-Up yang unik dan bertarung dalam medan perang yang sentiasa berubah di seluruh alam semesta Marvel.
Pilih daripada pelbagai jenis Super Hero dan Super Villain Marvel kegemaran peminat termasuk seluruh Avengers, Guardians of the Galaxy, X-Men dan ramai lagi dari Marvel Multiverse.
Setiap watak dibahagikan kepada tiga peranan berbeza berdasarkan kuasa unik masing-masing: Vanguard, Duelist dan Strategist. Anda bebas memilih peranan dan hero, bekerjasama dengan sekutu untuk mencipta skuad serba boleh dan dinamik untuk pertempuran.
Susun kombinasi unik antara watak untuk melancarkan skill Team-Up! Lepaskan sinergi antara dua kuasa besar dan cipta taktik baharu yang boleh mengubah arus pertempuran. Sebagai contoh, Rocket Raccoon boleh duduk di belakang Groot untuk menyerang musuh sekaligus sebagai duo berbahaya, Hulk dapat melepaskan tenaga untuk mengecas kuasa Iron Man bagi melancarkan kuasa besar, dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post