Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

NetEase Umum Game Simulasi ‘Floatopia’ Untuk Konsol & Mobile

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 21, 2024
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS5, Simulator, Xbox Series X|S
0 0
0
NetEase Umum Game Simulasi ‘Floatopia’ Untuk Konsol & Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, NetEase Games telah mengumumkan game ‘free-to-play simulasi kehidupan’ berkonsepkan pulau terapung bertajuk ‘Floatopia‘ untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android. Game ini akan dilancarkan pada 2025 dan kini dibuka untuk prapendaftaran melalui laman web rasmi.

Dalam alam fantasti ini, ‘superpower’ yang paling dicari menjadi rebutan, lantas meninggalkan superpower yang “tidak berguna”. Anda bermain sebagai watak yang, menurut takdir, bekerjasama dengan orang lain yang memiliki superpower yang diabaikan ini, dan memulakan pengembaraan yang aneh dan menggembirakan di atas pulau terapung.

Secara beransur-ansur, kebenaran dunia didedahkan, dan “kegunaan” bukan satu-satunya ukuran nilai. Setiap superpower yang kelihatan “tidak berguna” mempunyai nilai unik dan potensi tersembunyinya sendiri.

Kredit: NetEase Games

Di Floatopia, NetEase memberi anda kebebasan untuk membentuk dan menggayakan pulau seperti yang anda mahukan. Dengan pelbagai jenis alatan yang boleh diubahsuai dan komponen kreatif yang sentiasa berkembang, pemain boleh mengubah rupa bumi pulau, memilih tema dan memperibadikan segala-galanya daripada pangkalan pulau hingga ke butiran paling kecil.

Kredit: NetEase Games

Bukan sahaja pulau —almari pakaian juga akan menawarkan pelbagai pilihan yang bergaya. Gameplay pula terdiri daripada mekanik simulasi kehidupan termasuk bertani, memancing, pembalakan dan macam-macam lagi, seolah-olah seperti anda menjalani kehidupan sendiri.

Kredit: NetEase Games

Pemain juga boleh belayar ke pulau terapung di alam lain yang diilhamkan oleh pelbagai budaya. Temui bandar di puncak gunung, bandar purba, padang pasir, bandar salji, kerajaan dongeng, syurga makanan, dan banyak lagi. Dengan kemas kini kerap dan kandungan baharu, pengembaraan anda akan sentiasa berkembang. Selagi ingin meneroka, perjalanan tidak akan pernah berakhir.

Tags: Floatopia
ShareTweetSend
Previous Post

Crayon Shin-Chan Experience Malaysia Akan Bermula Pada September 2024!

Next Post

Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025 Untuk Konsol & PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025 Untuk Konsol & PC!

Borderlands 4 Akan Hadir Pada 2025 Untuk Konsol & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd