Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Silent Hill 2 Remake – Masih Seram, Masih Menakutkan

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2024
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, Seram, Steam
0 0
0
Previu Silent Hill 2 Remake – Masih Seram, Masih Menakutkan
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak memerlukan apa-apa pengenalan, Silent Hill 2 merupakan game klasik yang dibuat pada tahun 2001 tetapi masih dicintai dan disayangi oleh komuniti gamer sehingga hari ini. Selepas senyap selama bertahun-tahun, pada 2022 kami mendapat berita bahawa Silent Hill 2 akan menerima adaptasi remake yang dibangunkan oleh Konami dan Bloober Team.

Didakwa menawarkan pandangan baru tentang genre klasik seram psikologi yang digemari, ramai yang menantikan remake ini. Kebetulan, baru-baru kami mendapat peluang untuk previu Silent Hill 2 remake. Previu ini berdasarkan gameplay selama 3 hingga 4 jam daripada save file baharu, dan mendedahkan elemen ikonik apa yang dikekalkan dan perubahan drastik yang dibuat untuk menepati citarasa pemain moden.

Ingin tahu lebih lanjut? Baca sahaja previu kami.

Teka-Teki Semakin Mencabar

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Menyelesaikan teka-teki (puzzle) masih kekal sebagai aspek penting dalam gameplay. Paling ketara sekali, jenis teka-teki kini mengikut tahap kesukaran (diffculty setting) dalam game yang dipilih oleh pemain, lantas menambah unsur replayability. Di kesukaran lebih tinggi, teka-teki akan menjadi lebih rumit, dan memerlukan pemerhatian yang lebih teliti dan pemikiran mendalam oleh pemain.

Pada masa yang sama, game ini mengambil pendekatan minimalis untuk klu, dengan mencabar pemain untuk menganalisis item dan nota yang dikumpul serta petunjuk daripada persekitaran sekeliling. Memang sedikit atau tiada panduan tentang perkara yang perlu dilakukan.

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Namun, ini bukan kelemahan bagi saya, kerana teka-teki dalam game moden terlalu mudah, dan biasanya penyelesaian atau jawapan diberi kepada pemain terlalu mudah.

Sesetengah teka-teki juga menampilkan naratif pendek, kisah fiksyen atau menceritakan apa yang berlaku di bandar tersebut sebelum James sampai, bagi menyediakan konteks tambahan.

Teroka Dengan Hati-Hati

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Versi remake kini memperkenalkan sistem ‘respawn’ untuk raksasa bagi menambahkan ‘tension’ baharu semasa eksplorasi. Berbeza daripada kebanyakan game moden di mana musuh yang kalah akan kekal mati selama-lamanya, raksasa dalam Silent Hill 2 boleh hidup semula di kawasan yang sudah diteroka/diselesaikan selepas masa berlalu.

Mekanik ini memberi kesan signifikan kepada sistem save dan strategi pemain, kerana daripada bergantung untuk ‘berhenti di checkpoint dengan kerap’, pemain mesti mempertimbangkan dengan teliti ‘bila dan di mana’ untuk save kemajuan mereka.

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Ini kerana, raksasa yang dibunuh tadi mungkin akan hidup semula lalu membunuh anda, selepas kita salah anggap checkpoint tersebut sebagai tempat selamat. Malah, seseluruhan peta pun boleh dianggap sebagai teka-teki, jadi lebih baik pemain berhati-hati semasa meneroka.

Bonus tambahan, UI dalam versi remake agak moden, dan sesuai untuk citarasa gamer zaman sekarang.

Suasana Sangat Beratmosfera

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Silent Hill 2 Remake meningkatkan suasana atmosfera daripada original sambil mengemas kini mekanik pertempuran, untuk tujuan mencipta pengalaman lebih mengasyikkan dan sengit serta seimbang antara penceritaan dan gameplay.

Walaupun pertempuran memainkan peranan penting, ia tidak mendominasi pengalaman gameplay sepenuhnya. Previu ini tidak memberi peluang kepada kami untuk berlawan bos, jadi tidak akan bercakap banyak tentang elemen pertempuran.

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Bertarung dengan musuh secara kerap hanya memberikan cabaran sederhana, kerana majoriti raksasa boleh dikalahkan dengan mudah oleh kebanyakan pemain; melainkan kalau mereka datang secara berkumpulan.

Pertempuran akan menjadi lebih mudah apabila anda mempunyai akses kepada senjata, dan nasib baiklah remake menyediakan banyak peluru yang boleh dijumpai di persekitaran sekiling.

Visual dan Muzik Meningkatkan Keseraman

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Dengan memanfaatkan grafik moden, remake memberi nafas baharu kepada barisan watak Silent Hill. Animasi muka jauh lebih terperinci, membolehkan ekspresi halus yang menyampaikan banyak emosi tanpa memerlukan dialog. Ketulenan visual yang dipertingkatkan ini menambah kepelbagaian pada interaksi watak.

Butiran alam sekitar juga telah diberi peningkatan yang ketara. Jalan-jalan di Silent Hill yang diselubungi kabus kini lebih bertekstur, dengan pencahayaan dinamik yang memberikan bayang-bayang menakutkan dan menimbulkan rasa seram.

Bangunan terbiar mengambarkan kisah yang gelap dengan penampilan yang usang dan mereput, manakala peralihan antara rupa bandar yang “normal” dan versi “alternatif” terasa lebih menakutkan berbanding sebelum ini.

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Hal ini dibantu lagi oleh muzik seram ciptaan Akira Yamaoka yang memainkan peranan penting dalam penerokaan. Muzik berubah secara dinamik apabila pemain bergerak melalui kawasan yang berbeza atau apabila musuh menghampiri, mencipta pengalaman audio visual yang auditori.

Satu-satunya pengecualian ialah raksasa Mannequin, di mana ia tidak mengubah muzik, lalu mudah memberi jumpscare kepada kami. Pemain bijak akan belajar untuk mentafsir isyarat audio ini, menggunakannya untuk meneroka bandar dengan lebih berkesan sambil mengelak daripada ancaman bahaya.

Pendapat

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Secara keseluruhan, pendapat umum ialah game itu direka khusus untuk memenuhi khayalak penonton yang lebih luas. Silent Hill 2 remake nampaknya mencapai keseimbangan antara ‘menghormati bahan sumber original’ dan ‘memperkenalkan elemen baharu’ untuk mengembirakan peminat lama dan juga gamer moden.

Ia mengekalkan kebanyakan tema utama daripada versi original, dan darpada previu ini, jalan cerita hampir sama dengan game original – cuma fasa permulaan mempunyai rentak/pacing yang lebih pantas untuk menarik perhatian pemain. Selain itu, semuanya berbeza atau menerima perubahan.

Imej diambil daripada rakaman game yang masih dalam pembangunan. ©Konami Digital Entertainment

Walaupun masih dalam pembangunan, previu ini berjaya mempamerkan visual yang lebih cantik, teka-teki baharu yang mencabar dan mekanik gameplay yang moden tetapi masih autentik, sambil mengekalkan suasana seram psikologi yang membuatkan versi original sangat popular.

Bagi mereka yang berminat, Silent Hill 2 remake akan dilancarkan untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam pada 8 Oktober, dan kini tersedia untuk pre-order.

Pada masa yang sama, Silent Hill 2 remake turut tersedia dalam edisi Asia Package Bonus,. Pemain boleh mendapatkan pakej bonus ini daripada kedai tempatan selepas pembelian dan ia akan diedarkan dalam format “siapa cepat, dia dapat”, selagi stok masih ada.

Khas untuk mereka yang suka berkreatif dan ingin kelihatan unik, anda boleh mendapatkan “Silent Hill 2 The Great Knife style Ball Pen” yang eksklusif sahaja di Asia!

©Konami Digital Entertainment
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Silent Hill 2 Remake
ShareTweetSend
Previous Post

Peminat Boleh Pre-Register ‘Pokémon Trading Card Game Pocket’ Sekarang!

Next Post

Sesi Temu Bual Khas ‘Silent Hill 2 Remake’ – Cubaan Moden Tapi Masih Tulen Kepada Original

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Sesi Temu Bual Khas ‘Silent Hill 2 Remake’ – Cubaan Moden Tapi Masih Tulen Kepada Original

Sesi Temu Bual Khas 'Silent Hill 2 Remake' - Cubaan Moden Tapi Masih Tulen Kepada Original

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd