Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Two Point Museum – Artifak Purba & Rangka Dinosaur, Semua Dipamerkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 14, 2024
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS5, Simulator, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Two Point Museum – Artifak Purba & Rangka Dinosaur, Semua Dipamerkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Berikutan kejayaan Two Point Hospital dan Two Point Campus, hari ini Sega telah mengumumkan game terbaharu dalam francais, iaitu Two Point Museum!

Dibuat oleh Two Point Studios, game ini meneruskan tradisi komedi unik dan gameplay inovatif yang membuatkan francais terkenal, kali ini memberi pengalaman pengurusan yang lebih segar dan menarik, di mana pemain sekarang perlu menguruskan muzim sendiri.

Kami cukup bertuah kerana menerima jemputan daripada SEGA untuk melihat Two Point Museum dan bermain demo selama 45 minit. Berikut adalah tanggap awal kami:

Dalam Two Point Museum, pemain berperanan sebagai pengurus muzium yang ditugaskan untuk membina dan mengurus muzium paling menakjubkan dalam dunia Two Point County. Konsep gameplay adalah serupa dengan Two Point Hospital dan Two Point Campus, di mana pemain bermula dengan sebidang tanah dan mula membina muzium mereka.

Anda boleh menentukan saiz bilik, meletakkan pintu dan menyediakan peralatan yang diperlukan melalui beberapa aksi point-and-click yang mudah, dan orang akan mula melawat muzium anda secara automatik.

Kredit: Sega

Walau bagaimanapun, kali ini, pemain juga perlu menghantar pasukan pakar dalam ekspedisi di seluruh dunia untuk mencari objek prasejarah berharga untuk pameran, seperti rangka dinosaur. Sistem ekspedisi ini bukan sahaja menambah lapisan gameplay, malah juga meningkatkan jangkaan untuk setiap pameran dalam muzium.

Apabila pemain telah mengumpul artifak prasejarah yang berharga tersebut, cabaran beralih kepada susunan muzium yang bijak.

Kredit: Sega

Pemain boleh membina bilik, meletakkan gerbang dan menggunakan pelbagai barangan hiasan, kertas dinding dan pilihan lantai untuk mencipta muzium mengikut gaya peribadi anda. Apabila jumlah pameran bertambah, menyusunnya dengan berkesan untuk memastikan aliran pengunjung yang lancar akan menjadi satu cabaran yang signifikan.

Untuk mengekalkan keadaan muzium yang cantik, pemain memerlukan Janitor untuk menguruskan utiliti dan memastikan kawasan bersih, terutamanya apabila jumlah pelawat meningkat yang membawa kepada pelbagai sampah dan jenis kekotoran lain. Tugas-tugas penyelenggaraan ini penting untuk memastikan pengalaman yang menyenangkan bagi pelawat dan operasi muzium sentiasa lancar.

Kredit: Sega

Two Point Museum mengekalkan humor ikonik daripada game-game sebelum dan suasana santai sambil memperkenalkan elemen reka bentuk dan penerokaan yang lebih bervariasi. Visual dan muzik diteruskan dalam gaya lucu tetapi tidak keterlaluan, seperti yang dilihat dalam entri dahulu.

Daripada animasi watak yang lawak hingga ke muzik latar belakang radio yang penuh jenaka, game ini cemerlang dalam mewujudkan suasana yang santai.

Kredit: Sega

Selain itu, game ini melangkaui sistem penilaian bintang tradisional. Walaupun telah mencapai matlamat, pemain akan mempunyai banyak sebab untuk melawat semula muzium mereka untuk menambah baik dan mengembangkan koleksi pameran mereka.

Hal ini meningkatkan aspek replayability dalam game, di mana setiap percubaan menawarkan keseronokan dan cabaran baharu, sama seperti kursus dan fasiliti kampus yang sentiasa berkembang di Two Point Campus.

Kredit: Sega

Secara keseluruhan, Two Point Museum memberikan kandungan yang kaya dengan gameplay yang unik dan lucu, serta menawarkan simulasi pengurusan yang kreatif dan mencabar, walapun di premis dan tema berbeza. Game ini turut berjaya mengekalkan mekanik yang mudah difahami seperti pendahulunya, membolehkan pemain membina muzium impian mereka mengikut kreativiti masing-masing.

Buat masa ini, Two Point Museum tidak mengumumkan tarikh keluaran tepat tetapi akan tersedia di Xbox Series X|S, PC melalui Steam dan PlayStation 5. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Tags: Two Point Museum
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Visions of Mana – Upgrade Di Hampir Semua Aspek!

Next Post

Filem Kraven The Hunter Ditunda Ke 12 Disember Di Malaysia

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Filem Kraven The Hunter Ditunda Ke 12 Disember Di Malaysia

Filem Kraven The Hunter Ditunda Ke 12 Disember Di Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd