Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 – Teaser Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2024
in Artikel, Berita, HBO, Movie/siri
0 0
0
The Last of Us Season 2 Akan Debut Pada 2025 – Teaser Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Siri live-action ‘The Last of Us‘ adalah salah satu kejutan terbesar pada tahun lepas selepas sambutan yang sangat positif di kalangan penonton, hingga ada yang menganggap ia menetapkan standard baharu untuk adaptasi permainan video ke media lain. Selepas musim kedua disahkan, tidak banyak yang didedahkan selepas itu. Namun hari ini, HBO Max akhirnya mengeluarkan teaser pertama untuk The Last of Us Season 2 termasuk tarikh tayangan rasmi.

https://youtu.be/7_fSOMJxgVk?si=3OUe2f_NUZMvAsUd&t=77

Seperti yang anda dapat melihat, teaser ini menunjukkan kesinambungan pengembaraan Joel dan Ellie. Walaupun pendek, kita masih dapat melihat beberapa adegan ikonik daripada The Last of Us Part 2.

Di penghujung teaser ini, kita dapat melihat tarikh keluaran rasmi, yang menunjukkan bahawa The Last of Us Season 2 akan tiba pada 2025. Walaupun tidak menunjukkan tarikh tepat, sekurang-kurangnya kita tahu siri ini akan kembali pada tahun depan.

Kredit: HBO

Berdasarkan francais game popular oleh Naughty Dog, siri ini ditetapkan 20 tahun selepas pandemik yang disebabkan oleh jangkitan kulat besar-besaran, yang menyebabkan manusia berubah menjadi makhluk seperti zombie.

Musim kedua adalah berdasarkan game The Last of Us Part II pada 2020, yang menceritakan apa yang berlaku kepada Joel (Pedro Pascal) dan Ellie (Bella Ramsey) selepas musim pertama, serta memperkenalkan Abby (Kaitlyn Dever), watak baharu yang bakal memainkan peranan sangat penting.

Kredit: HBO

Selain mereka bertiga, musim kedua turut dibintangi oleh Isabela Merced sebagai Dina, Young Mazino sebagai Jesse, Danny Ramirez sebagai Manny, Ariela Barer sebagai Mel, Tati Gabrielle sebagai Nora, Jeffrey Wright  sebagai Isaac Dixon, dan Catherine O’Hara sebagai watak original yang belum didedahkan.

Musim kedua dijangka mempunyai sebanyak 7 episod. Craig Mazin sekali lagi berkhidmat sebagai showrunner dengan Neil Druckmann (pencipta bersama francais) untuk The Last of Us Season 2, yang hanya akan ditayangkan secara eksklusif di HBO.

Tags: The Last of Us Season 2
ShareTweetSend
Previous Post

Game Darksiders Baharu Dalam Pembikinan!

Next Post

Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!

Manga My Hero Academia Akhirnya Tamat, Baca Bab Terakhir Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd