Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Umum Gaming Laptop ‘Strix Point’ Baharu, Harga Bermula RM7,599

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 17, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Umum Gaming Laptop ‘Strix Point’ Baharu, Harga Bermula RM7,599
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) Malaysia telah mengumumkan harga dan promosi pre-order untuk laptop gaming AMD Strix Point serba baharu, yang terdiri daripada Zephyrus G16 dan TUF Gaming A14. Mungkin ada yang tidak tahu, tetapi Strix Point merupaka satu lagi nama untuk pemproses mobile Ryzen AI 300 Series.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Dibina dengan casis ultraportable baharu, kedua-duan produk kini menampilkan pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370, dengan NPU dalaman untuk tugas dipacu AI dan GPU NVIDIA berdedikasi. Kini dalam pakej nipis dan ringan, kedua-dua laptop gaming AMD tersebut bersedia untuk sebarang senario, daripada gaming kepada produktiviti dan banyak lagi!

Zephyrus G16 

Kredit: ASUS ROG Malaysia

ROG mara ke hadapan dengan Zephyrus G16 baharu, kini merupakan PC AI sebenar berkat pemproses AMD Ryzen 9 AI HX 370.

Dengan 12 core, 24 thread, NPU AMD Ryzen AI XDNA 2 mampu mencapai prestasi AI sebanyak 50 TOP, bersama dengan 31 TOPS daripada CPU dan grafik Radeon 800M bersepadu, untuk meningkatkan produktiviti dalam aplikasi yang didayakan AI.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Zephyrus G16 2024 dimuatkan GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4070, yang sendirinya mampu capai prestasi AI sehingga 321 TOP pada TGP maksimum 105 watt. Untuk gamer, pencipta atau jurutera, gabungan kuasa pemprosesan AI total 402 TOP dalam G16 akan mengubah cara mereka bekerja dan bermain, membolehkan berbilang aplikasi AI berjalan serentak.

Platform AMD baharu ini dibungkus dalam reka bentuk nipis dan ringan, dengan casis aluminium CNC, bersama rekaan Slash Lighting yang boleh diubahsuai pada penutup. Ia turut menampilkan paparan ROG Nebula dengan panel OLED yang menyokong NVIDIA G-SYNC. Aspek ratio 16:10, resolusi 2.5K dan refresh rate 240 Hz cukup sempurna untuk gaming dan penciptaan kandungan, dengan perakuan VESA DisplayHDR True Black 500 untuk pengalaman HDR terbaik.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Di dalam, ROG Zephyrus G16 mempunyai memori 32 GB LPDDR5X-7500, dengan sokongan untuk standard SD Express 7.0 baharu. Selain itu, ia merupakan laptop ROG pertama yang menyokong WiFi 7.

Info lanjut di SINI!

TUF Gaming A14

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Buat pertama kalinya, ASUS kini menawarkan faktor bentuk 14-inci dalam barisan TUF Gaming. Dibina supaya ultra-portable dan ultra-kuat, TUF Gaming A14 baharu mempunyai berat hanya 1.46 kg dan berukuran 1.69 cm tebal. Walaupun dengan dimensi ini, A14 masih menyokong sehingga GPU Laptop NVIDIA GeForce RTX 4060 dengan TGP maksimum 100 W, untuk pengalaman gaming luar biasa.

Kredit: ASUS ROG Malaysia

Selain itu, TUF Gaming A14 dilengkapi dengan memori LPDDR5 dual-channel serta dua slot SSD M.2 2280 , jadi pengguna boleh menambah storan dalam slot kedua atau menaik taraf untuk jumlah storan lebih tinggi dalam komputer riba 14 inci. ‘USB power delivery’ melengkapkan peranti ini, untuk pengecasan yang mudah semasa dalam perjalanan dengan keserasian luas antara peranti berkat USB-C.

Info lanjut di SINI!

Harga dan Ketersediaan

Dengan kuasa Strix Point, ROG Zephyrus G16 (AMD) akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula dari harga RM11,499 manakala laptop ASUS TUF Gaming A14 berharga RM7,599. Kedua-dua laptop baharu datang dengan promosi pre-order istimewa bernilai sehingga RM999 bermula dari 17 Julai hingga 31 Julai 2024.

  • Jika prapesan Zephyrus G16, anda layak menebus ROG SLASH Hard Case Luggage bernilai RM999.
Kredit: ASUS ROG Malaysia
  • Jika prapesan ASUS TUF Gaming A14, anda layak menebus ASUS TUF Gaming Monitor (VG249Q3A) bernilai RM755.
Kredit: ASUS ROG Malaysia

Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI, sementara stok masih ada!

Tags: asus rogTUF Gaming A14Zephyrus G16
ShareTweetSend
Previous Post

ROG Ally X Bernilai RM 4,299, Pre-Order Dibuka Sekarang!

Next Post

Visions of Mana Pamer Trailer Baru, Akan Datang 29 Ogos 2024

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Visions of Mana Pamer Trailer Baru, Akan Datang 29 Ogos 2024

Visions of Mana Pamer Trailer Baru, Akan Datang 29 Ogos 2024

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd