Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2024
in Artikel, Berita, Promosi, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, PlayStation Asia telah mendedahkan game bulanan percuma untuk PS Plus bagi Julai 2024. Tawaran kali ini adalah Among Us, Borderlands 3, dan NHL 24 – yang bakal tersedia untuk ahli PS Plus pada hari Selasa, 2 Julai hingga 5 Ogos 2024.

Among Us (PS5, PS4)

Gunakan segala usaha untuk bekerjasama, memujuk dan juga mengkhianat dalam game multiplayer popular di PC dan mobile ini! Bersedia untuk berlepas di angkasa, tetapi berhati-hati dengan Impostor!

Selesaikan tugas supaya kapal angkasa dapat berfungsi dengan lancar, tetapi berwaspada kerana satu atau lebih pemain di kalangan anak kapal adalah Imposter yang bertekad untuk mensabotaj kapal dan membunuh semua orang. Terpulang kepada manusia untuk menyelesaikan tugas mereka dan mengenal pasti Imposter supaya makhluk asing itu dapat dibuang dari kapal angkasa.

Tetapi berhati-hati! Impostor akan menggunakan pelbagai helah untuk meyakinkan semua orang bahawa mereka adalah rakan kru, jadi jangan percaya semua yang anda dengar. Susun alibi atau mungkin anda yang akan diundi keluar!

Borderlands 3 (PS5, PS4)

Hadapi pengembaraan angkasa yang penuh huru-hara dalam Borderlands 3! Di pinggir galaksi terletak sekumpulan planet penuh dengan kekayaan sumber yang dieksploitasi secara kejam oleh syarikat tentera. Ini adalah rumah anda – Borderlands.

Kini, kultus gila yang dikenali sebagai The Children of the Vault telah muncul dan merebak dengan luas antara bintang. Hanya anda dan rakan sekutu sahaja yang dapat mengalahkan mereka. Bermain sebagai salah satu daripada empat Vault Hunter serba baharu yang boleh diubah suai sepenuhnya. Customize Pemburu Vault Hunter anda dengan pelbagai pilihan, dan gunakan skill tree mereka yang unik untuk menyusun abiliti mengikut playstyle anda.

Bermain dengan sesiapa sahaja pada bila-bila masa secara online atau split-screen co-op, tidak kira level atau kemajuan misi. Tewaskanmusuh dan misi sebagai satu pasukan, tetapi ganjaran sepenuhnya menjadi milik anda – tiada siapa yang kurang.

NHL 24 (PS5, PS4)

Rasai intensiti hoki, apabila EA Sports NHL 24 membawa anda lebih dekat kepada aksi atas ais dengan pelbagai ciri baharu dan mode yang dikemas kini.

Exhaust Engine baharu mencipta adegan adrenalin dalam perlawanan tekanan tinggi, manakala gameplay ofensif ditambah baik dengan mekanik khas yang mampu mengubah permainan. Sistem Total Control Skill dan Vision Passing System yang diperbaharui meluaskan strategi dan membolehkan anda melaksanakam strategi dengan tepat dan lengkap.

Bina NHL 24 Ultimate Team anda dan alami semula detik-detik dari perlawanan klasik dan sorotan terkini dalam HUT Moments, serta terokai World of Chel yang kini lebih luas.

Genshin Impact PlayStation Plus Pack

Selain itu, pelanggan PlayStation Plus akan memperoleh ganjaran Genshin Impact berikut mulai 16 Julai:

  • Primogem (x160)
  • Fragile Resin (x4)
  • Hero’s Wit (x20)
  • Mystic Enhancement Ore (x30)
  • Mora (x150,000)
Tags: ps plusPS4ps5
ShareTweetSend
Previous Post

Capcom Umum ‘Dead Rising Deluxe Remaster’, Game Zombie Klasik Diberi Rupa Moden

Next Post

One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
Next Post
One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

One Piece: Jewelry Bonney Pun Bertukar Jadi Sun God Nika?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd