Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Umum ‘Dead Rising Deluxe Remaster’, Game Zombie Klasik Diberi Rupa Moden

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 27, 2024
in Action, Adventure, Artikel, Berita
0 0
0
Capcom Umum ‘Dead Rising Deluxe Remaster’, Game Zombie Klasik Diberi Rupa Moden
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom telah mengumumkan Dead Rising Deluxe Remaster – sebuah remaster kepada game Dead Rising original dengan penampilan serba baharu untuk platform generasi terkini. Berita ini diumumkan melalui teaser pendek tetapi malangnya, platform, tarikh keluaran, dan isi kandungan tidak didedahkan.

Seperti yang anda dapat lihat di atas, teaser ini hanya berdurasi 40 saat dan menunjukkan detik-detik permulaan di dalam game di mana protagonis Dead Rising, Frank West, melompat dari helikopter ke pusat membeli-belah yang dipenuhi zombie.

Asalnya dikeluarkan pada 2006 untuk Xbox 360, Dead Rising dibawa ke Xbox One dan PlayStation 4 pada tahun 2016 sempena ulang tahun ke-10 bersama pelbagai penambahbaikan, terutamanya daripada segi visual. Memandangkan pengumuman terbaru juga ialah remaster, visual dan prestasi lebih bagus – malah boleh dianggap sebagai remake.

Berikut ialah beberapa screenshot oleh Gematsu yang membandingkan game Dead Rising terbaru berbanding versi 2016:

Tentang Game Ini

Dead Rising ialah game action-adventure pada 2006 yang dibangunkan dan diterbitkan oleh Capcom, erta merupakan entri pertama dalam siri Dead Rising. Kisahnya mengikuti wartawan Frank West selepas dia terperangkap dalam pusat beli-belah dipenuhi zombie di bandar Willamette, Colorado. Frank mesti membongkar misteri di sebalik wabak itu sebelum helikopter penyelamat tiba dalam tiga hari untuk menyelamatkannya.

Kredit: Capcom

Daripada segi gameplay, Dead Rising dimainkan dari perspektif third-person dan menampilkan open world untuk diterokai pemain. Pemain mesti bertahan hidup dengan mencari barang di sekitar pusat beli-belah untuk melawan zombie dan musuh manusia yang dikenali sebagai “psychopath”, sambil menyelamatkan orang yang tidak bersalah. Di samping itu, game ini mempunyai had masa yang ditetapkan selama 72 jam, di mana mana pemain perlu melengkapkan jalan cerita sebelum masa tamat.

Kredit: Capcom
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Dead RisingDead Rising Deluxe Remaster
ShareTweetSend
Previous Post

Marvel Rivals Buka Pendaftaran Untuk Closed Beta Test, Akan Bermula 24 Julai

Next Post

Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24

Game PS Plus Julai 2024 – Among Us, Borderlands 3, NHL 24

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd