Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Stellar Blade Umum Pelan 2024, Berminat Dengan DLC & Sekuel

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2024
in ARPG, Artikel, Berita, PS5
0 0
0
Stellar Blade Umum Pelan 2024, Berminat Dengan DLC & Sekuel
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu game paling popular pada tahun ini, Stellar Blade mempunyai ramai peminat yang tidak sabar untuk content baharu. Dalam pembentangan baharu, SHIFT UP telah membentangkan pelan masa depan untuk Stellar Blade, di mana peminat boleh menjangkakan ciri baharu, outfit baharu, dan kolaborasi besar pada hujung tahun 2024!

Kredit: SHIFT UP

Berikut adalah rancangan yang disahkan:

  • Photo Mode – sekitar bulan Ogos 2024
  • Outfit baharu – disediakan selepas Oktober 2024
  • Kolaborasi besar – penghujung tahun 2024
  • Rancangan untuk sekuel disahkan, DLC Berbayar masih dalam pertimbangan

Pembentangan ini diketuai oleh CFO Shift Up, Ahn Jae-woo, yang menjelaskan bila dan apa kandungan yang akan datang untuk Stellar Blade pada tahun 2024. Peminat yang mahukan Photo Mode akan menerima update ini sekitar bulan Ogos. Pemain yang ingin outfit baharu pula boleh mengharapkan tambahan pakaian lebih menarik selepas bulan Oktober.

Kredit: SHIFT UP

Selain itu, Shift Up turut menjelaskan bahawa “kolaborasi besar” sedang dirancang pada hujung tahun ini. Walaupun ada banyak IP besar, ramai menyangka ini adalah kolaborasi antara NieR, memandangkan pengarah daripada kedua-dua game mempunyai hubungan baik, dan pernah meluahkan minat untuk bekerjasama.

Bukan itu sahaja, Shift Up juga mengesahkan bahawa jumlah jualan untuk Stellar Blade telah melebihi satu juta unit! Kejayaan ini membawa kepada jangkaan sekuel, dan adaptasi ke platform PC – kedua-dua permintaan tinggi oleh peminat. Pada masa yang sama, studio berminat untuk membangunkan DLC berbayar.

Kredit: SHIFT UP

Namun, mereka tidak mengesahkan jika semua rancangan itu sedang dalam pembikinan, dan buat masa ini, hanya boleh mempertimbangkan idea tersebut. Itu sahaja yang boleh disahkan pada masa ini kerana mereka lebih tertumpu terutamanya pada rancangan di dalam game semasa.

Bagi mereka yang berminat, Stellar Blade kini tersedia di PlayStation 5.

Tags: Stellar Blade
ShareTweetSend
Previous Post

Anime Paranormal Komedi ‘Dandadan’ Pamer Visual Baru, Bersama Tayangan Filem Khas!

Next Post

Jom Sertai Playtest Strinova – TPS Tactical Shooter Dengan Unsur Anime

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Jom Sertai Playtest Strinova – TPS Tactical Shooter Dengan Unsur Anime

Jom Sertai Playtest Strinova - TPS Tactical Shooter Dengan Unsur Anime

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd