Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring: Shadow of the Erdtree Terima ‘Mixed’ Review Di Steam, Ramai Kata Terlalu Susah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 24, 2024
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Elden Ring: Shadow of the Erdtree Terima ‘Mixed’ Review Di Steam, Ramai Kata Terlalu Susah
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran yang sangat sukses dan positif, ulasan Steam untuk DLC expansion Elden Ring Shadow of the Erdtree kini telah turun kepada “Mixed” selepas ramai pemain memberitahu bahawa game ini terlalu susah hingga ke tahap yang tidak masuk akal.

everyone made fun of eurogamer for saying shadow of the erdtree was too hard in their review, but now the steam reviews have plumetted from overwhelmingly positive to mixed mostly because of people saying it’s too hard

make up your mind people pic.twitter.com/iCjWKuWp8L

— maus (@indeimaus) June 22, 2024

Sebagai game soulslike, ternyata ramai tahu bahawa Elden Ring adalah game yang sukar di mana musuh boleh membunuh kita dalam 1-2 serangan termasuk musuh-musuh kecil. DLC ini meneruskan tradisi berikut dengan menambah gameplay yang lebih mencabar tetapi nampaknya ramai yang tidak berpuas hati.

Berikut adalah beberapa komen dari Steam:

Kredit: Bandai Namco Entertainment

“Selepas menamatkan game utama (lebih daripada sekali), dalam DLC, tidak merasakan pencapaian dahulu. Anda sekali lagi adalah orang yang lemah, dan senjata yang telah dinaik taraf sepenuhnya adalah sampah. Mengapa ada perbezaan besar dalam tahap kesukaran bagi mereka yang sudah layak menjadi raja game ini? Kita sudah duduk di atas takhta, kita sudah mengalahkan Elden Beast, bukan? Setakat ini, saya amat kecewa.”

“Tahap kesukaran yang teruk. Kebanyakan bos kedua-duanya melakukan damage tinggi manakala tidak menerima apa-apa damage (daripada kita). Set pergerakan yang milik bos menjadikan keadaan lebih teruk, kerana mereka mempunyai kombo sangat panjang, yang selalunya akan membawa ke serangan demi serangan tanpa henti.”

“Dlc ini susah tanpa sebab dan sangat mengecewakan. Amat mengecewakan datang dari From Software dan menggagalkan game utama Elden Ring.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Walaupun ada banyak ulasan yang melibatkan tahap kesukaran, ramai menjelaskan bahawa isu sebenarnya datang daripada aspek prestasi dan teknikal. Isu ini muncul dengan DLC dan menjejaskan semua zon dalam game, malah zon yang wujud sebelum keluaran DLC. Berikut adalah beberapa ulasan:

“Game itu sendiri bagus tetapi DLC tidak dioptimumkan dan ia menjadikan game itu tidak boleh dimainkan untuk ramai orang. Jika anda tidak bernasib baik seperti saya kerana save file rosak dan perkembangan game dihentikan sepenuhnya, jadi anda tidak boleh melepasi skrin loading yang kini 3x lebih lama berbanding biasa.”

“Sudah 2 tahun dan frame stutter masih berlaku.”

“Saya akan tunggu sehingga ada pembetulan pada prestasi sebelum mendapatkan DLC ini. Hanya dapatkannya jika anda suka berhadapan dengan bos yang akan membelasah anda berulang kali.”

“Game itu sendiri menyeronokkan, tetapi ramai pemain nampaknya kecewa dengan pelancaran DLC. Separuh kali, apabila saya diseru ke dunia lain, saya mendapat mesej yang kata “Inappropriate activity detected” dan ia membuatkan game crash. Saya tidak mempunyai apa-apa mod atau perisian third partu lain yang akan mempengaruhi game ini. Saya telah verify fail game, dan ia nampaknya tidak membantu.”

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Setakat ini, masih tiada update untuk membetulkan segala isu untuk Elden Ring Shadow of the Erdtree versi PC.

Tetapi bagi mereka yang berminat, Elden Ring kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam manakala expansion “Shadow of the Erdtree” dikeluarkan hari ini. anda boleh baca reviu penuh kami tentang DLC itu di SINI.

Tags: Elden Ring: Shadow of the Erdtree
ShareTweetSend
Previous Post

“Memperkenalkan Asia Tenggara Kepada Tabletop Gaming” – Interviu TableCon Quest 2024 Bersama Penganjur Elicia Lee

Next Post

“Membawa Ultraman Ke Genre Permainan Kad” – Interviu ULTRAMAN CARD GAME Bersama Eiji Shishido

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
“Membawa Ultraman Ke Genre Permainan Kad” – Interviu ULTRAMAN CARD GAME Bersama Eiji Shishido

"Membawa Ultraman Ke Genre Permainan Kad" - Interviu ULTRAMAN CARD GAME Bersama Eiji Shishido

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd