Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Myth: Wukong Buka Pre-Order Sekarang, Versi Xbox Series Ditunda Ke Tarikh Lain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in ARPG, Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS5, Steam
0 0
0
Black Myth: Wukong Buka Pre-Order Sekarang, Versi Xbox Series Ditunda Ke Tarikh Lain
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa siaran Summer Game Fest lalu, Game Science telah membuka pre-order untuk judul aksi RPG ‘Black Myth: Wukong‘, serta mengumumkan bahawa versi Xbox Series telah ditunda ke tarikh yang tidak diumumkan. Versi PlayStation 5 dan PC (Steam, Epic Games Store) masih akan dilancarkan pada 20 Ogos seperti yang dirancang sebelum ini.

Isu Tunda Di Xbox Series

Kredit: Game Science

“Kami sedang mengoptimumkan versi Xbox Series X|S untuk memenuhi standard kualiti kami, jadi ia tidak akan dikeluarkan serentak dengan platform lain. Kami memohon maaf atas kelewatan dan bertujuan untuk meminimumkan penantian pemain Xbox. Kami akan mengumumkan tarikh keluaran sebaik sahaja ia memenuhi piawaian kualiti kami.”

Tentang Game Ini

Kredit: Game Science

Black Myth: Wukong menggabungkan penceritaan yang kaya dengan visual yang menakjubkan dan aksi unik pada formula aksi RPG. Pemain akan meneroka alam menarik yang dipenuhi dengan keajaiban dan mitologi Cina purba, landskap yang menakjubkan, dan pelbagai watak yang tidak dapat dilupakan berdasarkan novel terkenal Journey to the West.

Selain sistem pertempuran jarak dekat yang menarik secara visual menggunakan tongkat, Destined One boleh memanfaatkan spell, transformasi dan makhluk ajaib sebagai alat berkuasa untuk melawan musuh. Gabungkan spell, abiliti, senjata dan peralatan berbeza secara bebas untuk mencari strategi kemenangan yang paling sesuai dengan mana-mana gaya pertempuran.

Pre-Order

Edisi standard dan deluxe akan tersedia dalam format digital pada PlayStation 5, dan PC (melalui Steam, Epic Games Store). Versi fizikal untuk Black Myth: Wukong edisi Deluxe Edition dan Collector’s Edition juga tersedia untuk pre-order, masing-masing untuk PC. Namun, tarikh keluaran untuk edisi fizikal belum ditentukan lagi.

Black Myth: Wukong akan dilancarkan di seluruh dunia pada 20 Ogos 2024, untuk PC dan PlayStation 5.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Black Myth: WukongPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

ASTRO BOT Buka Pre-Order – Info Bonus & Setiap Edisi!

Next Post

Dragon Ball: Sparking! ZERO Rasmi Akan Datang Pada 11 Oktober – Info Setiap Edisi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!
Review

Reviu ASUS ROG Strix SCAR 16 (2025) G635 – Kuasa & Prestasi Dalam Satu Pakej Premium!

May 21, 2025
Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted
Berita

Naughty Dog Sedang Bikin Satu Lagi Game Baharu, Mungkin Uncharted

May 21, 2025
Next Post
Dragon Ball: Sparking! ZERO Rasmi Akan Datang Pada 11 Oktober – Info Setiap Edisi!

Dragon Ball: Sparking! ZERO Rasmi Akan Datang Pada 11 Oktober - Info Setiap Edisi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan
Anime

Anime Sakamoto Days Part 2 Akan Ditayangkan Julai 2025, Trailer Baru Diperkenalkan

May 14, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal
Tempatan

Under 18 x KLEPET – Kolaborasi Komik Terbaru Gempak Starz & Filem Lokal

May 12, 2025
DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd