Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Comic Fiesta 2024 Akan Berlangsung Pada 21 & 22 Disember, Masih Di KLCC!
Share on FacebookShare on Twitter

Merupakan acara yang paling dinanti-nantikan oleh ramai peminat anime, komik dan games, Comic Fiesta 2024 kembali mengikut jadual tahunannya, dan seperti biasa akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 21 (Sabtu) dan 22 (Ahad) Disember 2024!

Saya yakin ramai di antara kalian yang tidak sabar untuk sertai Comic Fiesta 2024, acara ACG terbesar di Malaysia, tetapi malangnya buat masa ini, itu sahaja info yang didedahkan. Melalui pengumuman rasmi di Facebook, maklumat lanjut akan diumumkan kemudian termasuk harga tiket serta lokasi atau pengedar untuk membelinya nanti.

Kredit: Digital Braves

Bagi mereka yang tidak tahu, Comic Fiesta ialah konvensyen paling lama dijalankan di Malaysia yang memfokuskan pada animasi, komik dan game (ACG). Fokusnya adalah untuk meraikan semua aspek seni dan kreativiti (dan budaya ACG yang sentiasa popular) dengan moto “acara oleh peminat untuk peminat”. Pada masa ini, ia juga merupakan konvensyen ACG yang pertama dan terbesar di Malaysia, dianjurkan untuk membawa pengalaman segala budaya kepada penonton Malaysia.

Secara am, Comic Fiesta mengandungi pelbagai aktiviti dan jemputan khas, di mana pelbagai perkara menarik akan berlaku semasa acara. Semua cosplayer hebat dijemput ke acara Comic Fiesta, malah beberapa artis terkenal Jepun juga turut memeriahkan acara tersebut di acara-acara dahulu.

Beratus-ratus booth juga pasti dibuka dengan jualan barangan seperti figura, patung plushy, doujin, barang tokusatsu, Gundam dan banyak lagi merch lain. Bukan setakat itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan merch dan barangan eksklusif lain di Comic Fiesta 2023 nanti.

Kredit: Digital Braves

Sementara menunggu info lanjut daripada penganjur, boleh lah anda ajak-ajak kawan lain untuk ikut serta memeriahkan acara ini nanti.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai ACG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Comic Fiesta 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Game Co-op Shooter ‘Second Wave’ Akan Lancar 31 Mei di PC!

Next Post

PlayStation Ingin Pujuk Pemain PC Beralih Ke Konsol, Menurut CEO Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
PlayStation Ingin Pujuk Pemain PC Beralih Ke Konsol, Menurut CEO Baharu

PlayStation Ingin Pujuk Pemain PC Beralih Ke Konsol, Menurut CEO Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd