Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kisah Tragis Giyu Tomioka, Hashira Air, Didedahkan Dalam Episod Terbaru Demon Slayer

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Kisah Tragis Giyu Tomioka, Hashira Air, Didedahkan Dalam Episod Terbaru Demon Slayer
Share on FacebookShare on Twitter

Kini di Hashira Training Arc, episod terbaru untuk anime Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Musim 4 akhirnya mendedahkan kisah tragis Hashira Air, Giyu Tomioka!

Kredit: Ufotable

Merupakan watak penting dalam anime sejak membantu Tanjiro Kamado dalam musim 1; malangnya, kita tidak dapat belajar banyak tentangnya walaupun sudah bermusim-musim diperkenalkan. Namun, peminat akhirnya boleh belajar tentang asal-usul Giyu dalam Demon Slayer Musim 4 Episod 2.

Rumusan: Para Hashira telah bersetuju dengan rancangan Kagaya Ubuyashiki untuk berlatih sebelum pertarungan terakhir menentang Muzan Kibutsuji, tetapi Giyu adalah satu-satunya Hashira yang menentang idea itu dan enggan mengambil bahagian.

Kredit: Ufotable

Ubuyashiki kemudian meminta bantuan protagonis kami, Tanjiro Kamado untuk cuba dan meyakinkan Giyu agar mengambil bahagian dalam latihan. Di bawah desakan Tanjiro yang berterusan, Giyu akhirnya mengaku mengapa dia tidak ingin mengambil bahagian.

AMARAN! SPOILER UNTUK DEMON SLAYER MUSIM 4 DI BAWAH!!

Kredit: Ufotable

Giyu dibesarkan bersama kakaknya, Tsutako Tomioka, tetapi semasa masih kanak-kanak, kakaknya mengorbankan diri untuk melindungi Giyu daripada iblis.

Selepas kematian Tsutako, Giyu cuba memberitahu orang lain bahawa kakanya telah dibunuh oleh iblis, namun, dilabel sebagai sakit mental dan dihantar ke salah seorang saudaranya. Giyu melarikan diri dalam perjalanan ke sana dan hampir mati di atas gunung, tetapi dia diselamatkan oleh seorang pemburu, lalu berada di bawah jagaan dan bimbingan Sakonji Urokodaki.

Kredit: Ufotable

Giyu berumur 13 tahun ketika dia bertemu Sabito (salah seorang roh yang membantu Tanjiro berlatih semasa musim pertama) semasa berlatih di bawah Sakonji, dan mereka menjadi kawan baik kerana berkongsi masa lalu dan umur yang sama.

Bersama, mereka memasuki ujian Final Selection di Gunung Fujikasane. Semuanya tidak berjalan lancar, dan Giyu cedera selepas diserang oleh iblis. Diselamatkan oleh Sabito, Giyu, yang cedera, dihantar ke jagaan calon lain. Tidak enggan putus asa, Giyu cuba untuk mengejar Sabito tetapi tiba-tiba rebah.

Kredit: Ufotable

Giyu akhirnya bangun seminggu kemudian, dan mendapat tahu bahawa dia lulus ujian Final Selection. Malangnya, rakan baiknya Sabito adalah satu-satunya calon yang mati dalam ujian itu, walaupun berjaya membunuh hampir setiap iblis di gunung itu, dan menyelamatkan semua calon lain seorang diri.

Dia mempersoalkan bagaimana dia, seseorang yang tidak dapat mengalahkan walaupun satu iblis pun dan terpaksa diselamatkan, boleh lulus ujian tersebut. Oleh itu, dia menganggap dirinya tidak layak mendapat gelaran Hashira Air, dan tidak boleh bersama Hashira yang lain. Malah, dia merasa dirinya tidak layak dalam Demon Slayer Corps.

Kredit: Ufotable

Tanjiro akhirnya bertanya kepada Giyu sama ada dia akan menurunkan apa yang diamanahkan oleh Sabito. Kata-kata ini menyentuh hati Giyu yang mengimbau kembali satu detik manis bersama Sabito.

Seketika dahulu, Giyu meluahkan niatnya untuk mati. Hal ini menyebabkan Sabito menampar pipinya lalu mengingatkan Giyu tentang pengorbanan kakaknya di mana semua yang dibuat oleh kakaknya akan menjadi sia-sia jika Giyu mati. Sabito memberitahu Giyu supaya tidak mati, dan meneruskan kehidupan yang diberikan oleh kakaknya sehingga diberi kepada insan seterusnya.

Kredit: Ufotable

Giyu tertanya bagaimana dia boleh melupakan perbualan ini, lalu memohon maaf kepada kakaknya Tsutako, dan Sabito kerana bersikap tidak matang.

Tags: animeDemon SlayerGiyu Tomioka
ShareTweetSend
Previous Post

Filem ‘Detective Conan vs Kid the Phantom Thief’ Akan Ditayangkan Pada 6 Jun!

Next Post

Sahabat & Tokoh Ayah Boleh Dipercayai, Barret Wallace – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama John Eric Bentley

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia
Teknologi

Mahu PC Edisi Terhad? Koleksi Ultra-Premium ASUS ROG “Edition 20” Kini Di Malaysia

June 26, 2026
10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia
Anime

10 Lagu Tema Anime Paling Ikonik Pilihan Pakar Muzik Dunia

June 26, 2026
Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama
Mobile

Resident Evil: Survival Unit Berkolaborasi Dengan Monster Hunter Untuk Acara Crossover Pertama

June 26, 2026
Next Post
Sahabat & Tokoh Ayah Boleh Dipercayai, Barret Wallace – Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama John Eric Bentley

Sahabat & Tokoh Ayah Boleh Dipercayai, Barret Wallace - Interviu FINAL FANTASY VII REBIRTH Bersama John Eric Bentley

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd