Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Call of Duty: Warzone Mobile Kini Tersedia! Lebih 50 Juta Pemain Pra-daftar di Seluruh Dunia!

Maira by Maira
March 22, 2024
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Shooter
0 0
0
Call of Duty: Warzone Mobile Kini Tersedia! Lebih 50 Juta Pemain Pra-daftar di Seluruh Dunia!
Share on FacebookShare on Twitter

Call of Duty: Warzone Mobile akhirnya tersedia di seluruh dunia, membawa ratusan pemain untuk alami battle royale hebat pada peranti iOS dan Android.

Memaparkan combat epik Call of Duty dalam gunplay, pergerakan dan kenderaan, anda akan alami kandungan autentik dengan Operator, senjata dan lokasi unik yang membolehkan sehingga 120 pemain bertempur. Peta seperti Shoot House dan Shipment juga boleh dimainkan dalam mode Multiplayer.

Call of Duty: Warzone Mobile
Sumber: Digital Braves

Kalau anda ingin tahu, Call of Duty: Warzone Mobile telah berjaya mengumpul lebih daripada 50 juta pra-daftar daripada pemain-pemain di seluruh dunia. Jumlah tersebut sememangnya mengejutkan untuk game mobile FPS. Ini juga menunjukkan betapa ramainya pemain yang masih setia dengan francais ini. Ini juga sudah tentu satu lagi kejayaan buat francais.

Call of Duty: Warzone Mobile
Sumber: Activision Interactive

Semasa di acara pelancaran di Jepun, beberapa KOL atau influencer terkenal di Asia yang didedahkan bekerjasama untuk mempromosikan game ini malah mereka juga akan mengadakan livestream mengenai game ini. Barisan KOL ini kebanyakannya dari Thailand dan Filipina, berikut adalah senarai KOL tersebut:

  • Buunja
  • Cherizawa
  • Alodia Gosiengfiad
  • Aningning
  • Myrtle Sarrosa
  • Kayla Heredia
  • Synth Gaming
  • Holyfather
  • Khenji Gaming
  • Zee Cat
  • Low Grade
  • Hamster Live
  • Jairaw
  • Hrjharwar
  • Bay Riffer
  • Art Airsoftgun

Dibina untuk peranti mobile untuk memastikan pengalaman handheld yang menakjubkan, Call of Duty: Warzone Mobile menampilkan pelbagai acara, playlist dan kandungan khusus mobile serta pilihan penyesuaian kawalan mendalam untuk menyokong veteran Call of Duty dan rekrut baharu.

Untuk memberikan pengalaman shooter yang lebih hebat, Call of Duty: Warzone Mobile turut bekerjasama secara eksklusif dengan Backbone One, controller mobile yang akan menukarkan phone anda menjadi konsol gaming. Controller ini tersedia untuk iPhone dan Android. Dengan menggunakan controller ini, ia menawarkan kawalan responsif yang luar biasa dan susun atur kawalan pra-konfigurasi yang dioptimumkan.

Sumber: Digital Braves

Jadi buat anda yang masih belum alami pengalaman FPS battle royale baharu ini, cepat-cepat muat turun sekarang dan menjadi yang terbaik! Untuk mendapatkan segala berita mengenai Call of Duty daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Call Of DutyCall of Duty: Warzone MobileCODWM
ShareTweetSend
Previous Post

The Boy and The Heron, Filem Baharu Studio Ghibli Bakal Tiba ke Netflix Malaysia!

Next Post

Genshin Impact Hadir Dengan Acara Offline Baru di Malaysia, Bermula 22 Mac 2024!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Genshin Impact Hadir Dengan Acara Offline Baru di Malaysia, Bermula 22 Mac 2024!

Genshin Impact Hadir Dengan Acara Offline Baru di Malaysia, Bermula 22 Mac 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd