Xbox telah mengumumkan tambahan sembilan game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan Mac 2024. Antara game yang akan ditambah adalah Diablo IV, The Quarry, Evil West dan banyak lagi! Jom kita lihat lebih lanjut mengenai semua game ini.
The Quarry (Cloud & Konsol) – 20 Mac
Apabila matahari terbenam pada malam terakhir perkhemahan musim panas, sembilan kaunselor remaja terjerumus dalam malam seram yang tidak dapat diramalkan.
Evil West (Cloud, Konsol & PC) – 21 Mac
Ancaman gelap mula menyelinap ke Old West. Hapuskan gerombolan vampire dengan sarung tangan anda yang boleh pancarkan kilat dan menjadi Superhero Wild West.
Terra Invicta (Game Preview) (PC) – 26 Mac
Daripada pencipta Long Warm pencerobohan makhluk asing telah memecahkan manusia kepada tujuh puak ideologi masing-masing dengan visi yang unik untuk masa depan.
Diablo IV (Konsol & PC) – 28 Mac
Setelah lama menanti, akhirnya Diablo IV akan tersedia untuk semua pelanggan Game Pass. Alami cerita game atau terus masuk ke Season of the Construct untuk menghapuskan ancaman baharu yang menjulang jauh di Kehjistan.
Hot Wheels Unleashed 2 – Turbocharged (Cloud, Konsol & PC) – 28 Mac
Pandu kereta dan kenderaan paling hebat dari universe Hot Wheels, termasuk ATV dan motosikal baharu. Terokai 5 persekitaran baharu yang menakjubkan dan berlumba mengikut cara yang anda mahukan dengan mekanik baru.
Open Roads (Cloud, Konsol & PC) – 28 Mac
Rahsia keluarga yang telah lama hilang. Petunjuk tentang harta yang tersembunyi. Dan beberapa kilometer lagi sebelum mereka tidur. Hubungan Tess Devine dengan ibunya tidak pernah mudah, tetapi mereka akan pergi bersama dalam perjalanan ke masa lalu yang tidak akan mereka lupakan.
Ark: Survival Ascended (Cloud, Xbox Series X|S & PC) – 1 April
Game Ark dilahirkan semula dengan game engine Unreal Engine 5! Alami semula Ark dengan pelbagai penambahbaikan grafik dan banyak lagi!
F1 23 (Cloud) EA Play – 2 April
F1 23 EA Sports akan tersedia dengan Xbox Cloud Gaming melalui EA Play. Uji bakat pemanduan anda, cipta pasukan idaman anda, dan jadilah yang terakhir membrek dalam game video rasmi FIA Formula One World Championship 2023.
Superhot: Mind Control Delete (Cloud, Konsol & PC) – 2 April
Superhot: Mind Control Delete memberi anda lebih banyak cerapan tentang dunia fantasi kuasa Superhot dengan lebih banyak cerita, lebih banyak game istimewa, lebih banyak aksi, lebih banyak senjata.
Pada 31 Mac nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass Mac 2024:
- Hot Wheels Unleashed (Cloud, Konsol & PC)
- Infinite Guitars (Cloud, Konsol & PC)
- MLB The Show 23 (Cloud & Konsol)
Kalau ada yang berminat untuk bermain game PC yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post