Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Unicorn Overlord: Perkongsian Mengenai Combat, Komik “Road to Victory: Combat Edition” Kini Tersedia!

Maira by Maira
March 6, 2024
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Unicorn Overlord: Perkongsian Mengenai Combat, Komik “Road to Victory: Combat Edition” Kini Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA telah melepaskan video baharu yang memaparkan panduan combat game Unicorn Overlord. Bukan setakat itu sahaja, siri manga Road to Victory: Combat Edition untuk Unicorn Overlord telah pun dilepaskan! Game ini dijadualkan untuk lancar pada 8 Mac ini di PlayStation 5, PlayStation 4, Nintendo Switch dan Xbox Series X|S.

Video panduan komander baru — Panduan combat

Satu video tutorial yang dibaca oleh protagonis game, Alain dan Josef, bekas kesatria holy knight kerajaan Cornia, mengajar pemain cara untuk menyelamatkan dunia daripada cengkaman Zenoira. Untuk entri akhir ini, belajar untuk mengetuai tentera anda di medan perang dan lawan untuk mencapai kejayaan. Dengan memahami asas menghantar sekutu dan pertemuan musuh, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi pasukan Zenoira apabila game dilancarkan nanti!

Unicorn Overlord
Sumber: SEGA

Road to Victory: Combat Edition Tersedia Sekarang!

Untuk pengetahuan anda, Unicorn Overlord mempunyai siri manga comel yang dihasilkan oleh staf di VANILLAWARE. Untuk entri baharu ini, kita akan melihat lebih lanjut mengenai stamina dalam game serta cara untuk memanfaatkan kuasa sekutu anda! Anda boleh bacanya di bawah.

Tentang game

Daripada pencipta sama yang membuat 13 Sentinel: Aegis Rim dan Odin Sphere, ATLUS x Vanillaware mempersembahkan karya baru dalam genre RPG fantasi taktikal. Lawan nasib dan mulakan pengembaraan diraja untuk mendapatkan semula pemerintahan anda bersama rakan sekutu yang boleh dipercayai.

Unicorn Overlord menggabungkan genre RPG taktikal dengan penerokaan dunia luar dan sistem pertempuran yang inovatif untuk pengalaman fantasi epik yang unik dalam gaya 16-bit ikonik milik Vanillaware.

Sumber: SEGA

Bercerita tentang game ini, kami telah berpeluang untuk mainkan preview untuk game ini semasa lawatan ke pejabat SEGA di Jepun. Anda boleh baca preview kami melalui pautan ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Unicorn Overlord daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Unicorn Overlord
ShareTweetSend
Previous Post

Infinix Malaysia Bekerjasama Bersama Moonton & IO Esports Untuk 2 Musim MLBB Academy League Malaysia!

Next Post

Kung Fu Panda 4 Review — Permulaan dan Pengakhiran Sebuah Saga!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Kung Fu Panda 4 Review — Permulaan dan Pengakhiran Sebuah Saga!

Kung Fu Panda 4 Review -- Permulaan dan Pengakhiran Sebuah Saga!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd