Bandai Namco Entertainment telah mengumumkan bahawa game SYNDUALITY Echo of Ada akan mengadakan Ujian Beta Tertutup (CBT)! Ujian beta ini akan dilakukan bermula 28 Mac sehingga 1 April 2024 di PlayStation 5, PlayStation 4 dan PC melalui Steam.
Dalam ujian beta SYNDUALITY Echo of Ada kali ini, pemain boleh memilih teman AI yang dipanggil “Magus” dan CRADLECOFFIN, robot bersenjata untuk selesaikan beberapa misi untuk mengumpul AO crystal dan melihat lebih lanjut tentang kebenaran mengenai perkara yang terjadi pada Amasia.

Apabila berada di medan, anda akan dapat menempuhi pelbagai ancaman yang berada pada peta termasuklah Drifter lain yang mungkin berminat dengan loot yang ada. Anda juga boleh alami sendiri pilihan penyesuaian dan crafting, jadi pemain boleh berhubung dan main bersama-sama dengan Magus mereka sambil mencari kombinasi senjata dan CRADLECOFFIN yang padan dengan gaya bermain!

Kalau anda berminat untuk sertai ujian beta ini, anda boleh pergi ke laman web rasmi untuk daftarkan diri. Terdapat maklumat lanjut mengenainya dan cara bermain game pada halaman itu.
SYNDUALITY Echo of Ada akan tersedia di PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Buat masa ini, tiada tarikh rasmi yang dijadualkan untuk pelancaran game ini. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Synduality daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post