Fullmetal Alchemist Exhibition buat pertama kalinya diadakan di Malaysia dan berlangsung pada hari ini! Sebagai peminat siri ini, ia sememangnya membuatkan kami teruja untuk melihat segala benda yang dipamerkan. Terdapat pelbagai zon untuk dilawati dan mengambil gambar. Jom kami ceritakan pengalaman kami semasa meneroka Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia!

Kalau anda ingin tahu, terdapat lebih daripada 300 item yang dipamerkan di Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia. Antara item yang dipamerkan adalah manuskrip manga, ilustrasi berwarna serta kostum daripada filem adaptasi live action. Terdapat tujuh zon yang boleh diterokai, masing-masing memperkenalkan watak dan melihat sekilas pandang pada penceritaan siri. Tidak dilupakan juga kedai merch rasmi! Tetapi sebelum itu, jom kami bagi sedikit sneak peak untuk setiap zon yang kami lawati.
Masuk sahaja ke dalam zon pertama, kami diperkenalkan dengan watak-watak utama siri dan melihat babak ikonik daripada manga. Agak nostalgia juga sebab sudah lama juga siri ini tamat. Melihat semula babak-babak ini, buatkan kami rasa ingin menonton semula anime.
Zon seterusnya membawa kami melihat antagonis siri yang terdiri daripada humanoid serta Homunculus yang menjadi halangan dalam siri. Selepas itu, kami diperkenalkan kepada State Military dengan banyak paparan manga berkenaan tentera Amestris ini.
Selain itu, terdapat juga zon yang membawa kami melihat hubungan anda adik-beradik Elric serta bapa mereka, Hohenheim. Sama seperti zon lain, zon ini juga memaparkan babak-babak daripada manga.
Tiba ke pertarungan akhir dalam siri, terdapat bahagian yang menunjukkan panel manga dengan rakaman suara. Apabila menontonnya, buatkan kami imbau kembali babak-babak hebat yang berlaku semasa pertarungan itu berlaku. Sudah tamat pertarungan, kita akhirnya masuk ke bahagian epilog, membawa kita melihat kehidupan watak-watak selepas pertarungan tersebut. Sudah tentu terdapatnya panel manga yang menunjukkan babak ikonik antara Edward dan Winry.
Zon terakhir membawa kami melihat pelbagai ilustrasi berwarna yang dihasilkan oleh pencipta siri, Hiromu Arakawa. Terdapat juga ilustrasi khas yang dihasilkan sempena pameran ini!


Seperti yang kami nyatakan, anda boleh membeli merch rasmi Fullmetal Alchemist di pameran ini! Antara merch yang anda boleh dapatkan adalah shikishi, fail, patung plushy, keychain, badge dan banyak lagi. Memang anda perlu sediakan duit yang banyak kerana harganya pun boleh tahan tinggi juga.
Oh ya, anda juga boleh sertai aktiviti interaktif sepanjang berada dalam ruang pameran. Sebelum masuk, anda akan mendapat satu brosur yang mempunyai 6 ruang stamp. Dengan mengumpul kesemua 6 stamp, anda boleh mendapatkan sijil khas! Kalau anda inginkannya, kenalah ke pameran ini!

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kepada anda mengenai Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia. Bagi kami, ia sememangnya pengalaman yang baik dan sememangnya berbaloi kalau anda peminat tegar Fullmetal Alchemist. Tetapi tiada masalah untuk mereka yang tidak mengenali siri ini untuk pergi ke pameran tersebut. Mungkin anda juga tertarik untuk membaca dan menontonnya selepas menghadiri pameran ini.
Kalau anda berminat untuk ke Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia, anda boleh rujuk maklumat di bawah!
- Acara: Fullmetal Alchemist Exhibition Malaysia
- Tempat: Pavilion Bukit Jalil
- Tarikh: 24 Januari – 24 Mac 2024
- Harga Tiket:–
- Dewasa: RM50
- Kanak-kanak dan warga emas: RM25
- Bayi dan OKU: Percuma
- Laman web rasmi acara
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!
@gamersantaimy
Discussion about this post