Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Palworld, F1 23, Persona 3 Reload & Banyak Lagi!

Maira by Maira
January 17, 2024 - Updated on January 30, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PC Game Pass, Senarai, Xbox, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Xbox Game Pass Januari 2024 Tambah Palworld, F1 23, Persona 3 Reload & Banyak Lagi!

Sumber: Xbox

Share on FacebookShare on Twitter

Xbox telah mengumumkan tambahan tujuh game baharu untuk semua pelanggan Game Pass pada bulan Januari dan awal Februari 2024. Antara game yang akan ditambah adalah F1 23, Persona 3 Reload, Palworld dan banyak lagi. Jom kita lihat lebih lanjut mengenai kesemua game ini.

Turnip Boy Robs a Bank (Cloud, Konsol, & PC) – 18 Januari

Turnip Boy kembali! Kali ini dia bekerjasama dengan Pickled Gang untuk merancang dan melaksanakan rompakan paling aneh sepanjang zaman!

F1 23 (Konsol & PC) EA Play – 18 Jan

Uji bakat pemanduan anda, cipta pasukan impian anda dan jadilah yang terakhir untuk brek dalam game 2023 FIA Formula One World Championship.

Palworld (Cloud, Konsol & PC) – 19 Januari

Mulakan pengembaraan dunia terbuka melalui Palworld, di mana anda boleh menemui dan menangkap lebih 100 Pal! Bongkar rahsia misteri tempat ini, atasi bos yang menggerunkan dan bina pangkalan yang kuat. Gunakan Pal anda untuk melakukan tugasan untuk anda dan kerja di keseluruhan barisan pengeluaran. 

Go Mecha Ball (Cloud, Konsol & PC)  – 25 Januari

Letupkan jalan anda melalui level gaya arked, menggunakan fizik gaya pinball bercampur dengan senjata yang memusnahkan. Kalahkan gelombang bot musuh, lawan bos besar, dan tingkatkan mekanisme anda di antara run.

Brotato (Cloud, Konsol & PC) – 30 Januari

Arena shooter roguelite top-down di mana anda bermain sebagai kentang yang memegang sehingga 6 senjata pada satu masa untuk melawan gerombolan makhluk asing. 

Persona 3 Reload (Cloud, Konsol & PC) – 2 Februari 

Alami masa tersembunyi “Dark Hour” dalam game remake RPG daripada ATLUS, Persona 3 Reload!

Anuchard  (Cloud, Konsol & PC) – 6 Februari

Kerajaan Anuchard telah tumbang. Selepas banyak generasi, keturunannya yang masih hidup telah memilih anda untuk menjadi The Bellwielder dari Audros Bell yang ajaib. Majulah, lawan raksasa, selesaikan teka-teki dan pulihkan Anuchard kepada kegemilangannya yang dahulu! 

Pada 31 Januari nanti, lapan game akan meninggalkan Game Pass. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass Januari 2024:

  • Hitman: World of Assassination
  • F1 2021

Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda perlu langgan PC Game Pass dengan hanya RM15 sebulan. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.

Tags: PC Game PassXbox Game Pass
ShareTweetSend
Previous Post

Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang di Pawagam Malaysia Terpilih pada 25 Januari Ini!

Next Post

Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan — Menurut Staf Studio!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad
Trading Card Game

NARUTO CARD GAME – Cara-Cara Untuk Main & Mekanik Utama; Pandangan Pertama Pada Rekaan Kad

July 30, 2026
RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel
Berita

RPG Soulslike ‘WUCHANG: Fallen Feathers’ Rasmi Menerima Sekuel

July 30, 2026
Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC
Berita

Stupid Never Dies – RPG Aksi Oleh Veteran Capcom Akan Dilancarkan Oktober 2026 di PS5 & PC

July 30, 2026
Next Post
Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan — Menurut Staf Studio!

Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan -- Menurut Staf Studio!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd