Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom 2019] Temu ramah HANGAT bersama John Wikberg, producer kepada Need for Speed Heat!

Lebih ekstrem dan lebih banyak pilihan untuk mengubah suai berbanding Payback.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 23, 2019 - Updated on August 26, 2019
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, Temuramah, Xbox One
0 0
0
[Gamescom 2019] Temu ramah HANGAT bersama John Wikberg, producer kepada Need for Speed Heat!
Share on FacebookShare on Twitter

Need for Speed Heat kembali ke dunia fantasi urban street racing, ketika pemain sedang bertarung dengan polis untuk naik ke puncak. Game ini akan keluar pada 8 November di seluruh dunia dengan pemain Origin Access Premier menerima akses penuh pada 5 November. Kami berpeluang untuk menemu ramah salah seorang producer untuk Need for Speed Heat. Ayuhh kita belajar lebih lagi dan dengar apa yang beliau ingin kata:

Boleh awak kenalkan diri?

John Wikberg: Sudah tentu, nama saya ialah John Wikberg dan saya ialah producer untuk Need for Speed Heat.

Apakah perbezaan paling ketara di NFS Payback dan NFS Heat?

John Wikberg: Saya rasa perbezaan paling ketara adalah kami telah memperkenalkan konsep baru, iaitu Day and Night dan pilihan di tangan kamu untuk pilih apa untuk main. Bermain pada waktu siang atau malam bermaksud dua gameplay yang berbeza. Pada waktu siang, kamu pasti akan menyertai perlumbaan rasmi dan rentak pun lebih tenang dan aman. Cara memandu pula lebih kepada off-course dan tiada gangguan dan kamu boleh memberi lebih banyak perhatian kepada musuh dan pemanduan manakala waktu malam lebih ekstrem. Ada dunia open-world, perlumbaan haram, trafik lebih padat, polis mengejar kamu dan jika pemain mengkumpul “heat” dengan banyak, lebih ramai polis akan mengejar semasa pemain memandu. Segalanya untuk satu malam yang sukses, dan pemain perlu membawa pulang setiap ganjaran untuk naik level.

Apakah sebab untuk mencipta aplikasi NFS Heat Studio?

John Wikberg: Di Need for Speed Heat, kami telah kembangkan apa yang boleh diubah suai dan kamu boleh “customize” kereta dengan lebih banyak pilihan dan saya memang ingin bawa ini kepada pemain di luar permainan NFS Heat. Muat turun aplikasi Need for Speed Heat Studio sekarang, ubah suai kereta kamu, dan apabila game ini dilancarkan, kamu akan menerima ganjaran dan manfaatkannya. Terus berinteraksi bersama game ini walaupun tidak main dan dijamin sangat membantu untuk mencapai matlamat.

Ada apa-apa ganjaran khusus pemain boleh dapat daripda aplikasi?

John Wikberg: Saya sebenarnya tidak tahu. Saya perlu kembali kepada anda apabila dapat maklumat lanjut. Saya minta maaf tidak mempunyai maklumat itu.

Berapa jumlah kereta di dalam NFS Heat?

John Wikberg: Senarai kereta untuk Need for Speed Heat telah dikeluarkan dan boleh didapati di laman web. Saya tidak tahu jumlah nombor yang tepat, tetapi kami telah menambah lebih banyak kereta dan lebih banyak variant. Saya gembira kerana kami membawa pulang Ferrari; ia adalah satu jenama ikonik, inspirasi, dan aspirasi. Sebahagian besar daripada kita semua tidak pernah memiliki Ferrari tetapi di NFS kamu boleh membeli dan memandunya. Memang sebuah senarai kereta yang besar, lebih besar daripada sebelumnya. Kamu boleh semak di laman web kami.

Boleh kamu jelaskan lagi tentang Night Mode?

John Wikberg: Di dalam NFS Heat, apabila kamu keluar pada waktu malam, kamu membina “REPUTATION” di kalangan pelumba jalanan lain. Kamu benar-benar mahu membuktikan diri anda dengan mengambil bahagian dalam perlumbaan. Apabila selesai berlumba, kamu akan menerima “REPUTATION“, dan juga “Heat” untuk semua gejala haram. Semasa perlumbaan atau aktiviti lain, pemain akan menerima perhatian daripada polis. Apabila polis kejar, mereka akan cuba menghalang kamu, dan cuba untuk memintas kamu. Sekiranya kamu “BUSTED“, pemain akan kehilangan semua “REPUTATION” tersebut. Masa untuk membuat pilihan. Sekarang, adalah masa yang tepat untuk menamatkannya, cari SAFEHOUSE, masuk, dan seperti anda dapatkan ganjaran untuk malam itu. Kereta yang lebih berkuasa tinggi, akan lebih mudah berurusan dengan polis, jadi kamu boleh cabar diri untuk dapatkan “HEAT” yang lebih tinggi.

Boleh kamu cerita lagi tentang DLC akan datang atau Loot Crate?

Kami tidak mempunyai apa-apa lootboxes, tetapi rancangan kami untuk masa depan adalah Car Pack DLC. Kamu akan mendapat lebih banyak maklumat tidak lama lagi sebelum pelancaran.

Cuztomization merupakan satu aspek utama. Boleh jelaskan lagi?

John Wikberg: Di NFS Heat, ia berhubung dengan fantasi street racing yang kami cuba sampaikan. Kali ini kami memperluaskan apa yang boleh kamu boleh lakukan secara visual kepada kereta. Contohnya, kami menambah baikan colour picker untuk ketepatan yang lebih bagus. Kami memperkenalkan Engine Swap, untuk memuatkan enjin dari yang lebih berkuasa ke dalam kereta, dan ia akan mempengaruhi bunyi dan cara memandu. Kamu juga boleh contoh mengubahsuai bunyi kereta, dengan exhaust customization. Kami juga menambah character customization. Jadi kamu boleh memilih avatar dan mengubahsuai rupa watak itu ; daripada rambut, topi, pakaian, kasut. Apa yang benar-benar hebat tentang game ini adalah kerana apabila memainkan misi dan di dalam cutscenes, apa yang kamu lihat ialah watak kamu sendiri , dengan kereta custom kamu, dan semua perkara ini benar-benar menjadikan ini kempen NFS kamu.

Apa-apa lagi kamu ingin tambah?

John Wikberg: Need for Speed Heat akan menampilkan multiplayer. Kamu boleh memainkannya secara offline atau single player, atau memilih untuk menyertai server lain dan bermain dengan orang lain. Kami mempunyai feature CREW, yang memerlukan kamu untuk bermain online. Crew adalah di mana kamu boleh bermain dengan sekumpulan pemain lai, ciptakan identiti untuk CREW itu, dan CREW juga boleh naik level, yang memberikan lebih banyak faedah. Jadi, kamu akan mendapat REPUTATION yang lebih tinggi dan ia satu perkara yang sangat baik untuk bersambung secara sosial. Ia juga memberi akses kepada Crew Time Trials untuk bersaing papan leaderboard. Time Trials benar-benar mengasah kemahiran memandu kamu. Kamu juga dapat bersaing dengan ghost car rakan-rakan.

Apakah kereta paling terkenal yang pemain pasti akan pilih?

John Wikberg: Dengan barisan kereta di Need for Speed, kita tahu bahawa setiap orang mempunyai kereta kegemaran mereka sendiri, dan dengan 25 tahun sejarah NFS, kamu mempunyai pelbagai peristiwa kegemaran sendiri, kereta kegemaran sendiri. Kami benar-benar bangga dengan senarai kereta NFS di mana kamu boleh cari kereta kegemaran kamu, tidak kira JDM, kereta super, kereta konvensional.

Boleh kamu beri sepatah dua kata kepada pemain-pemain di Malaysia?

John Wikberg: Hello kepada semua pemain dan gamer Malaysia yang hebat! Mari ke aplikasi Need for Speed Heat Studio, usya map-nya, ubahsuai kereta kamu dan saya berharap untuk jumpa kamu semua online tidak lama lagi!

Berminat nak tahu bagaimana rupa Need for Speed Heat? Usya gameplay kami sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Gamescom 2019John WikbergNeed for SpeedNeed for Speed HeatOpen WorldREPUTATION
Previous Post

[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!

Next Post

[Gamescom 2019] – Dave Mervik: “Bertahan dalam Kehidupan dengan Six dan Mono di LITTLE NIGHTMARES 2”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[Gamescom 2019] – Dave Mervik: “Bertahan dalam Kehidupan dengan Six dan Mono di LITTLE NIGHTMARES 2”

[Gamescom 2019] - Dave Mervik: "Bertahan dalam Kehidupan dengan Six dan Mono di LITTLE NIGHTMARES 2"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd