Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Gamescom 2019] – Bogdan Bridinel (Pengarah Permainan) – “Ganjaran tanpa henti di Ghost Recon Breakpoint!”

Saksikan ulasan temu ramah kami bersama beliau!

Nyny.A by Nyny.A
August 23, 2019 - Updated on March 3, 2020
in Acara, Artikel, Berita, PC, PS4, Temuramah, Xbox One
0 0
0
[Gamescom 2019] – Bogdan Bridinel (Pengarah Permainan) – “Ganjaran tanpa henti di Ghost Recon Breakpoint!”
Share on FacebookShare on Twitter

Kehangatan di Gamescom 2019 masih belum reda! Kali ini editor kami yang kini masih berada di Jerman tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri permainan ini dan menemu ramah pengarah permainan yang kini juga dalam kehangatan disebabkan kehadiranya makin hampir iaitu siri Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint!

Ghost Recon Breakpoint akan tersedia 4 Oktober ini, peluang temu ramah ini adalah sejurus selepas percubaan pertama editor kami untuk permainan terbaru ini. Jom selam apa yang dikongsikan pengarah permainan Ghost Recon Breakpoint iaitu Bogdan Bridinel yang kini bekerja di Ubisoft Bucharest.

Jadi sebagai antara soalan pemulaan kami adalah bertanyakan mengenai perkembangan PvE dan PvP di dalam Ghost Recon Breakpoint. Bridinel berkongsikan bahawa didalam Breakpoint pemain akan sentiasa diberi ganjaran dan tidak akan perasan ianya adalah satu misi aktiviti. Jadi jika anda bermain PvP walaupun berejam, anda akan seronok mendapat pelbagai ganjaran dan senjata yang anda inginkan tetapi lebih mencabar terutama bagi pemain yang membuka loot agar tidak lebih kuat dari orang yang baru.

PvE juga anda akan mendapat ganjaran dan ianya tidak akan menjadi sia-sia.. Tetapi apa yang anda mahukan bukan sahaja mendapat ganjaran tetapi juga untuk menjadikannya bermakna, jadi semua yang anda dapat dalam permainan boleh digunakan dalam kedua PvE dan PvP.

Selain itu, perubahan di Ghost Recon Breakpoint kami dapat melihat setiap kelas mendapat akses untuk kegunaan semua senjata kerana sebelum ini di mod PvP Wildlands, memang ternyata sangat sukar untuk mendapatkan senjata. Jadi untuk peminat Ghost Recon, kebanyakanya memang sukakan permainan ketenteraan, dan ini membuat satu kata putus untuk membuat perubahan ini supaya setiap kelas seimbang melalui kebolehan mereka dan semua orang boleh mempunyai kebebasan untuk membuat watak mereka.

Perbezaan kelas di Ghost Recon Breakpoint akan mempunyai 2 kemahiran pasif, barangan unik setiap kelas , teknik dan kebolehan yang ultimate. Dalam kesemua ini bergabung, pemain mendapat personaliti yang mencukupi dimana kelas lain tidak dapat lakukan. Contohnya medik mempunyai kebolehan untuk menghidupkan rakan yang tumbang dalam jangka masa yang cepat, dapat memberi medkit untuk pasukan dan menggunakan dron yang boleh mengubati dan hidupkan pasukan yang tumbang. Biarpun kelas yang lain juga boleh menghidupkan rakan yang tumbang tetapi dengan kelebihan unik yang ada pada kelas medik membantu yang lain denga cara tersendiri.

Bukan itu sahaja, didalam Ghost Recon Breakpoint, Dron juga mendapat perubahan dengan kesemua kelas boleh menggunakanya. Tetapi dengan jenis yang lain, seperti menjadi cctv bergerak untuk mengetahui musuh dimana, dan kebolehan menghidupkan pasukan yang boleh digunakan oleh kelas medik. Dron boleh didapati di lokasi yang ditetapkan dan ada yang boleh dijumpa di loot yang lain. Kemudian perubahan untuk dron kali ini anda tidak perlu menunggu lagi untuk masa penyejukan dan boleh terus menggunakanya dan teruskan bergerak untuk lebih pengaktifan.

Kemudian didalam Ghost Recon Breakpoint, bukan kesemua cermin tingkap yang boleh dipecahkan untuk kita guna ke sesuatu tempat lebih cepat. Tetapi, untuk perlindungan kalau boleh jagan lah berlindung disebalik tingkap atau cermin, kerana peluru senjata masih boleh menembusinya. Nak perlindungan? Cari lah kawasan yang solid.

Untuk pengakhiran kata-kata oleh Bridinel, dia menyatakan ujian beta tertutup kemungkinan besar akan bermula antara 5 ke 8 September ini, dan anda boleh memastikan dengan pra-pembelian Ghost Recon Breakpoint ini dan bermain lah dengan gembira! Anda boleh lihat sesi temu ramah ini di video ini;

Jadi pada yang berminat untuk Ghost Recon Breakpoint dan berminat untuk mencuba ujian betanya? Anda boleh pra-pembelian dan mendaftar untuk ujian beta di laman web rasmi Ubisoft Ghost Recon Breakpoint.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bogdan BridinelGhost ReconGhost Recon BreakpointTom Clancy Ghost Recon BreakpointubisoftUbisoft Bucharest
Previous Post

Toyota Menyatakan Kenderaan Mereka Tiada didalam NEED FOR SPEED HEAT sebab Perlumbaan Haram!

Next Post

[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!

[Gamescom 2019] Potensi untuk Mengawal setiap Manusia di Hands-on Watch Dogs: Legion!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd