Pelukis manga terkenal, Yusuke Murata telah mengumumkan bahawa dia telah membuka studio anime baharu! Perkara ini telah dikongsikan oleh Murata melalui akaun X (Twitter) rasminya. Pengumuman tersebut turut mendapat perhatian daripada pelukis manga lain serta juruanimasi terkenal.
Lebih menarik sekali, Murata turut mengongsikan beberapa klip baharu untuk siri anime original bertajuk Zaiyuki! Kalau anda ingin tahu, projek anime tersebut telah pun didedahkan pada Mac tahun lalu. Dia turut mendedahkan reka bentuk watak-watak utama siri termasuklah protagonis yang merupakan seorang kappa, yang tidak pandai berenang, selalu kalah dalam perlawanan sumo dan benci kepada timun. Dia cuba untuk mengambil bahagian dalam loteri di karnival dan berjaya memenangi hadiah utama iaitu pakej lawatan ke India. Tetapi banyak pula masalah yang berlaku sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang.
Untuk anda yang tidak mengenali Yusuke Murata, dia merupakan pelukis manga yang terlibat dalam penghasilan siri manga One-Punch Man dan Eyeshield 21. Dia turut menulis beberapa manga one-shot tersendiri seperti Minds, Blust! dan banyak lagi. Baru-baru ini, Murata telah menjadi pengarah untuk trailer one-shot BRAIN x BRAVE daripada siri Eyeshield 21 yang akan dilepaskan pada 29 Januari ini. Trailer tersebut telah dihasilkan dengna kerjasama Village Studio dan Kome Studio. Menariknya, Murata juga pernah menjadi pengarah untuk animasi pendek One-Punch Man bertajuk “Go! Saitama” bersama Village Studio.

Walaupun tidak banyak perkara yang didedahkan buat masa ini, ramai peminat pelukis itu menantikan hasil akhir Zaiyuki. Memandangkan Murata sendiri tidak lagi asing dalam penghasilan animasi, sudah tentu kita boleh nantikan hasil yang hebat daripada studio anime tersebut pada masa akan datang!
@gamersantaimy
Discussion about this post