Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

China Haramkan Hadiah Log-In & Bonus Top-Up, Ingin Kurang ‘Perbelanjaan Kronik’ Dalam Game!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2023
in Artikel, Berita, Industri, Mobile, Mobile Game
0 0
0
China Haramkan Hadiah Log-In & Bonus Top-Up, Ingin Kurang ‘Perbelanjaan Kronik’ Dalam Game!
Share on FacebookShare on Twitter

Ternyata, pasaran gaming banyak dikuasai oleh negara China, terutamanya untuk sektor mobile gaming yang semakin melonjak dalam keuntungan kerana peningkatan nilai produksi dan kejayaan arus perdana seperti Genshin Impact dan Honkai: Star Rail. Walaupun begitu, kerajaan China nampaknya akan mula mengharamkan hadiah log-in dan bonus apabila top-up demi memerangi isu ‘Perbelanjaan Kronik Dalam Game‘ yang dihadapi oleh netizen mereka.

Kredit: CNN

Menurut laporan oleh Reuters yang menjadi topik perbincangan sejak minggu lalu, kerajaan China akan melaksanakan peraturan yang lebih ketat dalam usaha mengurangkan tabiat pemain yang suka membazir wang. Beberapa peraturan baru boleh dikatakan agak melampau – sebagai contoh, kerajaan China ingin menghapuskan hadiah log-in apabila memasuki game.

Sudah tentu, ini menjadi isu besar di kalangan netizen kerana hadiah log-in sememangnya sangat penting untuk mengekalkan minat pemain agar terus aktif bermain, terutamanya untuk pemain F2P (free-to-play) yang sentiasa menyimpan sumber demi memperoleh watak atau barang tertentu.

Kredit: HoYoverse

Selain itu, peraturan lain yang turut dilaksanakan termasuk mengehadkan perbelanjaan untuk game mobile, menutup akses gacha untuk pemain bawah umur, menambah pilihan untuk membeli kandungan gacha secara langsung dan menghapuskan bonus apabila membuat top-up (tambah nilai) dalam game.

Peraturan-peraturan ini masih belum dilaksanakan secara rasmi dan draf tersebut memerlukan maklum balas daripada pihak berkaitan sehingga 22 Januari 2024. Bergantung pada maklum balas yang diterima, peraturan ini boleh dikekalkan, diubah semula atau dihapuskan sepenuhnya.

Walaupun niat mereka bagus, ini akan memberi impak besar pada sistem monetization untuk mana-mana game, di mana potensi keuntungan yang boleh diperoleh daripada pemain akan berkurangan dengan drastik. Walaupun hanya dilaksanakan di negara China sahaja, hakikatnya majoriti keuntungan untuk game mobile (terutamanya game buatan HoYoverse) datang daripada pemain China.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa versi global untuk game tertentu juga akan melakukan perubahan yang sama di negara-negara lain. Sebagai contoh, hadiah log-in mungkin akan dihapuskan di semua versi permainan agar berlaku adil kepada semua pemain.

Kredit: HoYoverse

Apa pendapat korang? Jom kongsi di ruang komen! Baca segala berita kami tentang game, anime, dan teknologi di SINI!

Sumber – GamerWK

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: chinamobile game
ShareTweetSend
Previous Post

Hanya Tahan Satu Bulan, ‘The Day Before’ Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024

Next Post

Barisan Filem & Siri Netflix Untuk Korang Layan Sepanjang 2024!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Barisan Filem & Siri Netflix Untuk Korang Layan Sepanjang 2024!

Barisan Filem & Siri Netflix Untuk Korang Layan Sepanjang 2024!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd