Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Hanya Tahan Satu Bulan, ‘The Day Before’ Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 27, 2023
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
Hanya Tahan Satu Bulan, ‘The Day Before’ Terpaksa Tutup Pada Hujung Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula sebagai game bercita-cita tinggi dan penuh potensi, ‘The Day Before‘ akhirnya menjadi kegagalan yang besar dalam industri gaming. Dilancarkan dalam keadaan yang tidak siap, ia penuh dengan masalah seperti gameplay yang membosankan, dan isu ralat lalu dimalukan oleh komuniti. Oleh itu, ramai tidak terkejut apabila mendapat tahu The Day Before terpaksa tutup pada penghujung Januari 2024.

https://twitter.com/playdaybefore/status/1738112110385914052

Diumumkan di Twitter rasmi mereka, penerbit Mytona mengumumkan bahawa The Day Before akan ditutup sepenuhnya pada 22 Januari. Jika kita kira tarikh pelancaran ini daripada hari pertama hingga ke tarikh tersebut, ini bermaksud game ini hanya bertahan kira-kira 1 bulan dan 15 hari dalam pasaran.

Kredit: Fntastic

Mytona kemudian berkata bahawa pada masa ini; mereka sedang berusaha keras untuk memulangkan wang semua pemain melalui proses bayaran balik melalui Steam. Memandangkan tiada lagi pembangun yang mengusahakan game itu lagi, mereka tidak mempunyai pilihan selain menutup game itu sepenuhnya.

Kini, mereka menggunakan semua pendapatan yang diperoleh daripada penjualan untuk membayar hutang kepada rakan kongsi.

Di mana langkah silap?

Kredit: Fntastic

Sebelum menjelaskan silapnya, korang harsu tahu tentang game ini dahulu.

Secara am, The Day Before adalah ‘multiplayer survival horror extraction shooter’ yang dibangunkan oleh Fntastic dan diterbitkan oleh Mytona. Berlatarkan pada masa hadapan, pemain mengawal watak yang mesti meneroka dan bertahan hidup dalam dunia fiksyen, post-apokaliptik ‘New Fortune City’, yang telah ditakluki oleh zombie.

Kredit: Fntastic

Apabila pertama kali diumumkan, The Day Before merupakan game paling ‘wishlist’ di Steam tetapi malangnya, masalah mula muncul…

Disebabkan proses pembangunan yang lama, Fntastic telah dipersoalkan mengenai kesahihan game ini. Malah, game ini juga ditunda beberapa kali, jadi orang ramai mula muak sehingga mengelarnya ‘scam’. Proses pembangunan juga diganggu oleh isu undang-undang yang melibatkan Fntastic dan pengambilan pekerja tanpa gaji. Tiada langsung berita indah tentang game ini.

Kredit: Fntastic

Selepas dilancarkan, akhirnya semua orang dapat merasa The Day Before. Namun, ia tidak seperti seperti yang peminat sangka. Antara isu kritikan adalah kekurangan pertempuran jarak dekat, gameplay yang membosan, AI yang tidak menarik, reka bentuk dan skala dunia yang serta pelbagai isu teknikal/ralat yang tidak masuk akal.

The Day Before serta-merta menerima ulasan “overwhelmingly negative” di Steam. Menurut data rasmi, jumlah pemain telah menurun sebanyak 75% selepas dua hari dikeluarkan, dan sebanyak 90% selepas empat hari dikeluarkan.

Kini, kita tahu ia akan ditutup selama-lamanya.


Baca segala berita kami tentang game ini di SINI!

Tags: The Day Before
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Baharu Detective Conan Dedahkan Trailer & Visual Utama!

Next Post

China Haramkan Hadiah Log-In & Bonus Top-Up, Ingin Kurang ‘Perbelanjaan Kronik’ Dalam Game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
China Haramkan Hadiah Log-In & Bonus Top-Up, Ingin Kurang ‘Perbelanjaan Kronik’ Dalam Game!

China Haramkan Hadiah Log-In & Bonus Top-Up, Ingin Kurang 'Perbelanjaan Kronik' Dalam Game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd