Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Eminence in Shadow Bakal Dapat Filem! Visual Pertama Didedahkan!

Maira by Maira
December 21, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
The Eminence in Shadow Bakal Dapat Filem! Visual Pertama Didedahkan!

Ⓒ逢沢大介・KADOKAWA刊/シャドウガーデン

Share on FacebookShare on Twitter

Siri anime The Eminence in Shadow akan mendapat sebuah filem pada masa akan datang. Filem tersebut bertajuk The Eminence in Shadow: Lost Echoes yang akan mengikuti kisah daripada anime. Bersama-sama pengumuman tersebut, visual teaser pertama filem telah pun dilepaskan.

Ⓒ逢沢大介・KADOKAWA刊/シャドウガーデン

Kalau anda ingin tahu, anime ini berdasarkan siri novel ringan isekai terbitan KADOKAWA yang ditulis oleh Daisuke Aizawa dan Azunishi sebagai pelukis ilustrasi. Siri ini pada mulanya diterbitkan melalui laman web novel Shousetsuka ni Narou pada 2018 sebelum diterbitkan sebagai buku pada tahun yang sama. Sehingga Oktober 2023, sudah enam buah jilid siri yang telah diterbitkan. Ia turut mendapat adaptasi manga dan juga spin-off.

Ⓒ逢沢大介・KADOKAWA刊/シャドウガーデン

Musim pertama anime The Eminence in Shadow telah ditayangkan pada Oktober 2022 dengan sejumlah 20 episod. Musim kedua pula mula ditayangkan pada Oktober yang lalu. Berikut adalah sinopsis rasmi untuk siri:

Sesetengah orang tidak sesuai untuk memainkan peranan sebagai wira. Sebaliknya, mereka beroperasi dalam bayang-bayang dan mengawal masyarakat melalui kecerdasan dan kepandaian. Itulah peranan yang ingin dimainkan oleh Cid apabila dia dihantar ke dunia lain. Cid telah menjadi pemimpin bagi organisasi Shadow Garden yang menentang kultus yang mengancam walaupun pada hakikatnya, kultus itu tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata. Malang sekali cerita rekaan tersebut adalah benar dan kultus itu sebenarnya memang wujud dan tidak berpuas hati kerana fantasi kuasanya menghalang rancangan jahat mereka!

Ⓒ逢沢大介・KADOKAWA刊/シャドウガーデン

Untuk mendapatkan berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: The Eminence in ShadowThe Eminence in Shadow: Lost Echoes
ShareTweetSend
Previous Post

DNF Duel Percuma di Epic Games Store untuk Sehari! Tuntut Sekarang!

Next Post

Marvel’s Spider-Man 2 Menang Besar Di Anugerah PS Blog Termasuk ‘Game Of The Year 2023’

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Marvel’s Spider-Man 2 Menang Besar Di Anugerah PS Blog Termasuk ‘Game Of The Year 2023’

Marvel's Spider-Man 2 Menang Besar Di Anugerah PS Blog Termasuk 'Game Of The Year 2023'

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd