Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Insomniac Games Digodam! Data Game Wolverine & Spider-Man Dibocorkan!

Maira by Maira
December 20, 2023
in Artikel, Berita, Game, Industri
0 0
0
Insomniac Games Digodam! Data Game Wolverine & Spider-Man Dibocorkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Kita telah digemparkan dengan berita tentang studio game terkenal, Insomniac yang telah digodam oleh sekumpulan penggodam bernama Rhysida. Nampaknya kumpulan tersebut telah pun memuat naik beberapa data mengenai projek game serta membocorkan beberapa gameplay game Marvel’s Wolverine yang sedang dibangunkan. Jom kami ceritakan lebih lanjut kepada anda mengenainya.

Sumber: Insomniac Games

Kalau anda ingin tahu, kumpulan itu telah mengancam untuk memuat naik data yang telah dicuri dalam masa tujuh hari jika studio tersebut tidak membayar mereka. Nampaknya Rhysida betul-betul memuat naik data-data tersebut di laman Internet. Dianggarkan lebih daripada 1.6 terabait yang telah dibocorkan. Bukan setakat itu sahaja, dilaporkan oleh Cyber Daily, hanya 98% data yang telah dimuat naik, bermakna 2% daripada data yang dicuri telah dijual kepada pihak lain.

Sumber: Insomniac Games

Antara data yang telah dibocorkan adalah beberapa klip gameplay Wolverine termasuklah penceritaannya. Game yang telah diumumkan pada 2021 itu, sudah tentu dinantikan oleh ramai peminat. Nampaknya Insomniac Games merancang untuk melancarkan game tersebut pada 2026. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga mungkin mengeluarkan game Marvel’s X-Men memandangkan Sony telah membuat perjanjian dengan Marvel Games sehingga 2035 untuk menghasilkan game eksklusif yang berkait dengan X-Men dan wataknya.

Sumber: Insomniac Games

Untuk siri Spider-Man pula, sudah disahkan bahawa game Marvel’s Spider-Man 3 akan dihasilkan. Lebih menarik sekali, ada kemungkinan besar game spin-off berdasarkan Venom akan tiba. Melalui data yang dibocorkan, spin-off tersebut berlaku selepas game Spider-Man 2 dan pemain boleh mengawal Venom. Ia dijangka untuk menemui pemain pada 2025 manakala Spider-Man 3 pula mungkin dilancarkan pada 2028.

Siri Ratchet & Clank juga tidak terlepas daripada cengkaman penggodam ini. Dilaporkan bahawa entri baharu siri game itu sedang dirancang oleh Insomniac Games. Tidak pelik juga jika siri ini mendapat entri baharu setelah sekian lama. Walaupun begitu tiada tarikh yang dijadualkan untuk entri baharu tersebut.

Sumber: Insomniac Games

Serangan siber yang dikenakan pada studio ini sudah semestinya mendapat perhatian ramai pihak. Sudah tentu ia mengundang kekecewaan daripada peminat dan pembangun game yang lain. Harap-harap perkara ini dapat diselesaikan dengan segara demi menjaga keselamatan pekerja-pekerja di Insomniac Games.

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Insomniac GamesRatchet & Clank
ShareTweetSend
Previous Post

James Wan Kongsikan Pengalaman Penggambaran Aquaman 2, Elemen Seram & Nasihat Kepada Pembuat Filem Lokal!

Next Post

Like a Dragon: Infinite Wealth – Sorotan Watak Penting Dalam Jalan Cerita

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Like a Dragon: Infinite Wealth – Sorotan Watak Penting Dalam Jalan Cerita

Like a Dragon: Infinite Wealth - Sorotan Watak Penting Dalam Jalan Cerita

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd