Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Ulasan Temuramah bersama Paul Sage, Pengarah Kreatif “BORDERLANDS 3” – Pengakhiran Permainan yang Dirahsiakan?!

Nyny.A by Nyny.A
August 14, 2019 - Updated on December 27, 2019
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, PS4, Temuramah, Xbox One
0 0
0
Ulasan Temuramah bersama Paul Sage, Pengarah Kreatif “BORDERLANDS 3” – Pengakhiran Permainan yang Dirahsiakan?!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang peminat nantikan sendiri dan tahu sendiri, Borderlands 3 merupakan sebuah siri permainan yang agak popular juga bergenrekan pemain aksi penembak pertama dimana akan hadir di platform PlayStation 4, Google Stadia (masih belum ada di Asia Tenggara), Microsoft Windows dan Xbox One pada 13 September ini. Merupakan sebuah sekuel permainan dari Borderlands 2, kali ini Borderlands 3 telah mengadakan sesi demo pratonton media di Singapura.

Sebentar tadi kami turut mengongsikan serba sedikit jalan permainan ketika di demo permainan ini;

Pengalaman Pertama Bermain Demo Borderlands 3, Makin Baru Makin Gempak!

Disini, kami turut berpeluang menemu ramah pengarah kreatif Borderlands 3 iaitu Paul Sage!

Jadi dalam temuramah ini, kami berpeluang bertanyakan beberapa soalan menarik kepada Mr. Paul mengenai permainan baru yang akan datang ini. Antara soalan yang dikemukakan adalah mengenai DLC yang akan datang untuk Borderlands 3. Sama seperti Boderlands 2 dan juga Pra-sekuel DLC, kami bertanyakan sama ada Vault Hunter terbaru akan turut bersama dalam permainan ini. Paul Sage menyatakan tiada sebarang Vault Hunter terbaru yang akan hadir dan ianya kerana Gearbox telah meneliti para pemain Borderlands 2, pemain lebih gemar memainkan watak yang sama dari awal pemilihan, biarpun telah mencuba watak-watak lain mereka akan kembali semula pada watak asal yang diguna. Jadi, pihak Borderlands 3 membuat keputusan untuk mengfokuskan watak yang ada untuk masa kini untuk pemain selesa denganya.

Selain itu, kami tidak terlepas peluang untuk bertanyakan rancangan mengenai Borderlands 3 untuk dikeluarkan di platform Nintendo Switch. Tetapi dengan nada gurauan Mr. Paul menyatakan itu adalah sebenarnya dari pihak pengeluaran dan bukan bahagian dia. Tapi untuk masa ini, masih tiada perancangan untuk ianya hadir di platform itu. Cuma dia menyatakan dia memang bersetuju jika permainan ini hadir di platform itu kerana ianya akan menambahkan pemain dalam francais Boderlands.

Bukan itu sahaja yang menarik dalam temuramah ini, peminat juga boleh bergembira kerana ada permainan baru ditambah (new game plus) merupakan mod True Vault Hunter seperti di Borderlands 2. Bila pemain selesai dalam satu permainan, pemain akan diberikan kesempatan untuk bermain sekali lagi dengan kepayahan yang lebih tinggi, tetapi kali ini pemain dapat menyimpan senjata dan mata kemahiran yang diperolehi. Satu perbezaan antara mod True Vault Hunter yang lama dan baru adalah persamaan tahap antara pemain dan musuh didalam permainan.

Selain itu, Mr. Paul juga turut berkongsikan perbezaan konsep permainan Borderlands 3 dengan permainan aksi menembak orang pertama yang lain. Antaranya adalah perjalanan dalam permainan lebih menarik dan menyenangkan dan ianya dapat membantu pemain untuk lebih bersantai dalam permainan. Juga cara pengendalian looting, Borderlands 3 mempunyai looting bertaraf dunia dengan gundrop yang berbeza! Jadi dengan itu, pemain lebih tertarik untuk melihat senjata baru yang didapati.

Bukan itu sahaja kelebihanya, watak-watak mereka sangat tulen dan beri peluang kepada pemain mengenali lebih dalam kepada watak mereka. Dan yang terakhir misi yang tidak dijangka adalah sama sekali berlainan! Apa yang penting adalah pemain dapat bermain dengan gembira!

Selain itu Paul Sage juga menyatakan permainan ini berkemungkinan akan lebih 10 jam waktu bermain lebih lama dari Borderlands 2. Untuk pemain baru pula, tidak perlu risau kerana dalam Borderlands 3 akan memperkenalkan semula watak-watak dan karekter mereka didalam permainan ini.

Antara yang terakhir dalam sesi temuramah ini, kami turut bertanyakan jika ada beberapa pengakhiran dalam permainan Borderlands 3. Mr. Paul menyatakan tiada tetapi ada pengakhiran yang dirahsiakan dan pemain harus bermain sendiri untuk merasakan pengakhiranya itu.

Jadi pada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut untuk permainan Borderlands 3, anda boleh ke laman web rasmi mereka dan jangan lupa untuk pra-pembelian permainan menarik ni okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2k gamesBorderlands 3Paul Sage
Previous Post

Pengalaman Pertama Bermain Demo Borderlands 3, Makin Baru Makin Gempak!

Next Post

Secretlab kini ialah Gaming Chair Rasmi untuk The International Dota 2 Championship!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Secretlab kini ialah Gaming Chair Rasmi untuk The International Dota 2 Championship!

Secretlab kini ialah Gaming Chair Rasmi untuk The International Dota 2 Championship!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd