Akaun Twitter rasmi untuk anime Chained Soldier (Mato Seihei no Slave) mengumumkan bahawa siri ini akan ditayangkan secara rasmi pada 4 Januari, walaupun sepatutnya keluar pada tahun ini. Berita baik, Muse Asia akan menayangkan anime ini di Asia Tenggara.
Walaupun tiada visual diberi, tetapi mereka telah mendedahkan poster rasmi yang anda boleh lihat di bawah:

Berkenaan produksi, anime ini asalnya diumumkan pada November 2021, dan akan diadaptasikan oleh Seven Arcs. Siri ini diarahkan oleh Gorō Kuji, dengan Junji Nishimura berkhidmat sebagai pengarah umum, Yasuhiro Nakanishi mengendalikan komposisi siri, Ryota Kanō dan Akira Kindaichi menulis skrip, Hiroyuki Yoshii untuk reka bentuk watak, dan Kohta Yamamoto mengarang muzik.
Lagu opening akan dipersembahkan oleh Akari Kitō, manakala lagu ending akan dipersembahkan oleh Maaya Uchida.
Bagi mereka yang tidak tahu, Chained Soldier (atau lebih dikenali sebagai Mato Seihei no Slave) ialah sebuah siri manga Jepun yang ditulis oleh Takahiro dan diilustrasikan oleh Yohei Takemura. Ia disiarkan pada platform online Shonen Jump+ terbitan Shueisha sejak Januari 2019.

Sinopsis:
Pintu ke dimensi lain yang dipanggil Mato mula muncul di seluruh Jepun, di mana raksasa yang dikenali sebagai Shuuki mula menyerang penduduk Bumi. Di dalam portal ini terdapat pokok pic istimewa yang mampu memberi kuasa istimewa, tetapi hanya kepada wanita.
Pada suatu hari, Yuuki Wakura, seorang graduan sekolah menengah, tersandung di dalam pintu pagar dan bertemu dengan Kyouka Uzen, komander skuad ke-7 Anti-Demon Corp. Kyouka mempunyai kuasa untuk ‘memperhambakan’ Shuuki dan melancarkan diri ke dalam pertarungan. Selepas dikepung oleh Shuuki yang semakin ramai, dia bertanya kepada Yuuki sama ada dia boleh memperhambakannya.
Yuuki bersetuju dan bertukar menjadi ‘hamba’ wanita itu, dan mereka mengalahkan semua Shuuki. Walau bagaimanapun, sebagai pertukaran untuk memperhambakan Yuuki, Kyouka mesti memberinya ganjaran yang setimpal, selalunya bersifat nakal. Yuuki memutuskan untuk menyertai skuad Kyouka sebagai penjaga dan menyokong impiannya untuk menjadi Supreme Commander, sambil melawan Shuuki dan menemui misteri di sebalik Mato.
Dapatkan segala berita kami tentang anime di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post