Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game “TRAIL BOSS BMX” untuk Pengayuh BMX Lepas Geram buat Aksi di Telefon Pintar!

Akan datang hujung bulan Ogos ni geng!

Nyny.A by Nyny.A
August 8, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Game “TRAIL BOSS BMX” untuk Pengayuh BMX Lepas Geram buat Aksi di Telefon Pintar!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini kita ada Pump BMX yang hadir pada tahun 2012, kemudian Pump BMX 2 pada tahun 2014 dan yang terakhir Pump BMX 3 tahun 2016. Senyap untuk seketika, akhirnya pencipta permainan ini ‘Yeah Us!‘ dengan kerjasama ‘Noodlecak‘ mengumumkan projek terbaru mereka iaitu sebuah permainan untuk platform mudah alih yang dinamakan Trail Boss BMX!

Trail Boss merupakan permainan ekstrim berbasikal dimana pemain akan mengemudi set aksi lompatan yang semakin rumit, melepaskan aksi liar dan menyelesaikan misi serta cabaran yang hadir. Mengambil contoh dari gaya ekstrim pengayuh BMX yang asal, Trail Boss mempunyai ciri-ciri sama seperti membuat lompatan besar, ‘technical corners’ dan trik serta helah yang autentik dalam kelajuan kayuhan yang mendebarkan!

Mempunyai 40 level yang 3D penuh, 360 cabaran merentasi 4 persekitaran yang menarik dan penyesuaian basikal untuk memberi pemain keupayaan dan pengalaman terbaik dalam perjalanan mereka. Direka oleh pemain-pemain Ekstreme Games kini di mudah alih, Trail Boss mempunyai kawalan mudah dan intuitif yang sangat sesuai untuk telefon pintar.

Lihat ciri-ciri selebihnya disini;

Kayuh basikal BMX anda merempuhi tahap-tahap yang makin rumit sambil membuat kombo aksi BMX anda, ujian ketepatan dan juga kemahiran!

  • LEVEL 3D Penuh! – Permainan 3D dilengkapi 40 level, lakukan aksi-aksi BMX anda ke garisan akhir dengan penuh kreativiti!
  • CABARAN 360! – Dari cabaran trik/helah kepada cabaran mata, dari latihan sasaran hingga beraksi secara hebat di dunia luar! Pelbagai lagi cabaran yang akan membuat pemain tidak berhenti main!
  • REKA KUSTOM BMX! – Kekalkan kecantikan BMX anda dan kustom cat nya!
  • PENCAPAIAN DAN PENDAHULU – Bersaing dengan kawan-kawan dan musuh anda untuk merebut tempat teratas dan dapatkan semua pencapaian untuk memenangi mata tertinggi papan pendahulu!

Yang menariknya Trail Boss BMX adalah pembelian sekali sahaja untuk title primium. Tiada pas bulanan atau beban IAP perlu ditanggung, hanya ada basikal BMX anda dan trek-trek yang menggilakan!

TRAIL BOSS BMX akan datang ke platform Android dan dibuka untuk pra pembelian di iOS pada 27 Ogos ini, untuk maklumat selebihnya anda boleh layari laman web rasmi Trail Boss BMX.

Sumber: pinkbike

Tags: NoodlecakPump BMXTrail BossTRAIL BOSS BMXYeah Us!
Previous Post

Memperkenalkan Galaxy Note10: Rekaan bertemu Prestasi Bertaraf Tinggi pada Harga RM3,699!

Next Post

Butiran pertama FIFA 20: Career Mode akhirnya didedahkan!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”
Berita

Stellar Blade Dedahkan Sekuel “BLOOD RAIN”

June 6, 2026
Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027
Remake

Capcom Umum Remake Resident Evil Veronica, Akan Datang Tahun 2027

June 6, 2026
Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform
Berita

Final Fantasy VII Revelation – Game Terakhir Untuk Trilogi Remake Akan Datang Pada 2027 Di Semua Platform

June 6, 2026
Next Post
Butiran pertama FIFA 20: Career Mode akhirnya didedahkan!

Butiran pertama FIFA 20: Career Mode akhirnya didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd