Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sword of Convallaria — Game Strategi RPG Baharu Akan Tiba pada 2024, Pra-daftar Sekarang!

Maira by Maira
November 23, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, iOS, Mobile, Real time strategy, RPG
0 0
0
Sword of Convallaria — Game Strategi RPG Baharu Akan Tiba pada 2024, Pra-daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Dibangunkan oleh XD Entertainment, game strategi RPG Sword of Convallaria akan dilancarkan untuk iOS, Android dan PC melalui Steam. Dalam game ini anda akan mengumpul dan melatih tentera, menubuhkan skuad tersendiri dan menggunakan strategi untuk menyelamatkan wilayah Iria. Terokai dunia penuh plot twist ini, di mana segala pilihan anda akan membentuk takdir anda. Game ini dijadualkan untuk lancar pada musim bunga 2024 (April – Jun).

Anda terjaga di penjara bawah tanah yang misteri, secara tidak sengaja terjerat dalam plot yang penuh dengan konspirasi dan keganasan. Berjuang untuk hidup, anda berjaya melarikan diri, hanya untuk mendapati diri anda berada di bandar Convallaria yang terancam. Ketuai Sword of Convallaria Mercenary Group dan lindungi bandar. Navigasi melalui pelbagai puak dan kejar masa depan yang lebih cerah untuk Iria.

Sistem game

  • Kisah yang mendalam

Mengembara melalui ruang dan masa ke Iria, sebuah negara yang kaya dengan mineral yang sumber ajaibnya telah menarik perhatian yang tidak diingini daripada puak luar yang berbahaya. Apabila ketegangan meningkat dan rusuhan meletus, terpulang kepada anda sebagai pemimpin tentera upahan untuk mengharungi situasi yang rumit sambil mencari jalan untuk menyelamatkan nasib Iria.

  • Naratif berasaskan pilihan

Nasib Iria bergantung pada pilihan anda! Keputusan anda membentuk cara bandar anda berkembang dan mempengaruhi kisah yang berlaku. Pastikan anda membina hubungan dan kemahiran untuk kelebihan anda, dan lihat jalan cerita berubah bergantung pada pilihan dan pencapaian anda!

Sumber: XD Entertainment
  • Skor muzik oleh Hitoshi Sakimoto

Producer muzik global Hitoshi Sakimoto – terkenal dengan skornya untuk FF Tactics, FFXII, dan Tactics Ogre – meminjamkan genius muziknya kepada Sword of Convallaria dengan karya muzik terbaiknya setakat ini. Skornya yang sempurna melengkapkan suasana game dan plot twist.

  • Turn-based combat strategik

Sword of Convallaria membawa taktikal berasaskan grid yang paling autentik! Kerahkan ally unik menentang pelbagai jenis musuh dan gunakan setiap butiran medan perang untuk mendapatkan kemenangan!

Sumber: XD Entertainment
  • Seni piksel 3D yang dipertingkatkan

“NeoPixel” mengekalkan grafik gaya piksel yang popular, sambil menambah pemaparan 3D moden, menyumbang kepada kualiti gambar HD premium dan kesan pencahayaan.

  • Koleksi dan pembangunan hero yang menakjubkan

Rekrut dan latih senarai ally yang unik di kedai minuman, ajar mereka kemahiran yang menakjubkan, bina peralatan mereka di forge, tingkatkan statistik mereka dalam kawasan latihan, dan pimpin kumpulan tentera upahan yang dibina sendiri ke dalam pencarian legenda dengan puak yang berbeza!

  • Pelakon suara hebat Jepun

Nikmati persembahan daripada lebih 40 anime dan legenda lakonan suara game seperti Inoue Kazuhiko, Yuki Aoi dan Eguchi Takuya yang menghidupkan setiap watak.

Sumber: XD Entertainment

Kempen pra-daftar sedang dijalankan! Terdapat pelbagai ganjaran yang anda boleh dapatkan apabila kempen itu berjaya diselesaikan. Berikut adalah ganjaran kempen pra-daftar game:

  • Paradise Coin x10K (100k pemain)
  • Summons x2 (200k pemain)
  • Summons x3 (300k pemain)
  • Summons x5 (500k pemain)
Sumber: XD Entertainment

Kalau anda inginkan ganjaran tersebut, kenalah pra-daftar sekarang. Sword of Convallaria boleh pra-daftar melalui App Store, Google Play, TapTap dan Steam. Untuk mendapatkan berita lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Sword of Convallaria
ShareTweetSend
Previous Post

Sasuke Jadi Pokok? Kemunculan Musuh Baru? *SPOILER* Boruto!

Next Post

8BitDo Cipta Controller Genshin Impact – Chongyun Edition, Khas Untuk PC & Mobile!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
8BitDo Cipta Controller Genshin Impact – Chongyun Edition, Khas Untuk PC & Mobile!

8BitDo Cipta Controller Genshin Impact – Chongyun Edition, Khas Untuk PC & Mobile!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd