Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Final Fantasy VII Rebirth – Info Tentang Gaya Tempur ‘Red XIII’, Kemahiran Synergy, Summon & Banyak Lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 21, 2023
in Action, Artikel, Berita, PS5, RPG
0 0
0
Final Fantasy VII Rebirth – Info Tentang Gaya Tempur ‘Red XIII’, Kemahiran Synergy, Summon & Banyak Lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Square Enix telah mendedahkan info dan screenshot baru untuk Final Fantasy VII Rebirth yang menjelaskan tentang gaya pertarungan Red XIII (watak yang boleh dimainkan), Synergy Ability dan Synergy Skill, summon baru Kujata, Protorelic, Chocoboutique dan combat style serta tahap kesukaran.

Berikut adalah info lengkap:

Red XIII

Kredit: Square Enix

Basic Attack – Red XIII menyerang musuh dengan kuku tajamnya. Tekan dan tahan butang untuk melancarkan serangan jarak jauh yang mengisi ATB dengan cepat.

Kredit: Square Enix

Ability – Red XIII mempunyai pelbagai skill, daripada serangan fizikal sepantas kilat kepada serangan magic jarak jauh. Stardust Ray memunculkan bola cahaya meletup yang menghanguskan semua musuh yang terperangkap dalam letupan itu.

Kredit: Square Enix

Vengeance Mode – Block serangan musuh untuk mengisi ‘vengeance gauge’, dan lepaskan tenaga itu untuk memasuki vengeance mode, yang meningkatkan serangan fizikalnya dan kehebatan mengelaknya. Siphon Fang melakukan serangan yang kuat sambil menyerap HP musuh—tanpa mengeluarkan ATB.

Aerith

Kredit: Square Enix

Unique Ability: Ward Shift – Aerith boleh teleport serta-merta kepada mana-mana sigil yang dia cipta, yang membolehkan dia bergerak di sekitar medan perang dengan mudah dan memaksimumkan kesan magic-nya.

Sistem Baru: Synergy Ability

Serangan yang kuat di mana dua watak bergabung untuk menewaskan musuh. Lebih banyak abiliti akan dibuka apabila anda meningkatkan level parti dan mengeratkan hubungan antara ahli parti. Isi synergy gauge dengan menggunakan abiliti, kemudian lepaskan serangan serentak!

Kredit: Square Enix

Cloud / Tifa: Relentless Rush – Cloud melancarkan Tifa ke arah musuh untuk menyerang serentak.

Kredit: Square Enix

Barret / Red XIII: Overfang – Barret menghantar Red XIII terbang ke arah musuh pada kelajuan tinggi.

Sistem Baru: Synergy Skill

Dua ahli parti bekerjasama untuk mengaktifkan abiliti berguna tanpa menggunakan ATB. Arahan ini boleh dilaksanakan semasa block, dan memberikan pelbagai kesan berfaedah. Setiap pasangan mempunyai set kebolehan unik sendiri; sesetengah melakukan damage, manakala yang lain menawarkan sokongan.

Kredit: Square Enix

Cloud / Aerith: Spell Blade – Kumpulkan kekuatan, kemudian bekerjasama untuk melancarkan serangan magic yang dicaskan.

Kredit: Square Enix

Barret / Cloud: Mad Dash – Bekerjasama untuk mengecas ke hadapan sambil menghalang serangan musuh. Aktifkan mengikut turutan untuk melakukan kombo tiga pukulan.

Summon Kujata

Kredit: Square Enix

Dewa lembu yang menyerang medan perang menggunakan kuasa api, ais dan kilat. Ia melemparkan musuh dengan tanduknya yang besar dan melancarkan serangan magic yang menyerang musuh daripada jauh.

Kredit: Square Enix
  • Kujata menghampiri musuh secara melulu dan memanipulasi kebolehan elemental untuk melakukan serangan magic. Blazing Horn melancarkan letupan berapi yang tertumpu pada musuh, lalu meletupkan mereka ke belakang.
  • Kujata melancarkan Tri-Disaster sejurus sebelum meninggalkan medan perang. Ini merupakan serangan jarak jauh kuat yang merangkumi kuasa api, ais dan kilat serta pasti akan mencederakan banyak musuh dan berpotensi melenyapkan mereka.
Kredit: Square Enix
Kredit: Square Enix

Protorelic

Kredit: Square Enix

Protorelic ialah artifak tidak diketahui yang memancarkan isyarat tenaga unik. Barang antik ini tersembunyi di seluruh dunia tetapi dengan bantuan menara gelombang yang diaktifkan, ia sepatutnya dapat menunjukkan anda ke arah mereka. Walau bagaimanapun, berhati-hati: ia mengubah ruang-masa, dan boleh menyebabkan fenomena aneh.

Chocoboutique

Kredit: Square Enix

Ladang Chocobo juga merupakan rumah kepada chocoboutiques, gerai di mana anda boleh customize dan mewarna semula peralatan chocobo anda dari kepala ke kaki. Gear akan memberi kesan kepada prestasinya dalam perlumbaan chocobo, jadi cari sususan yang sesuai dengan gaya anda untuk dapatkan emas!

Combat Style

Kredit: Square Enix

Final Fantasy VII Rebirth menawarkan dua gaya pertempuran dan pelbagai tahap kesukaran untuk pemain. Mode “Active” menawarkan kawalan penuh ke atas setiap pergerakan watak, dan membolehkan mereka melaksanakan strategi canggih. Mode “Classic” mengautomasikan tindakan asas watak, untuk memberikan masa kepada kita supaya dapat menumpukan pada tindakan tertentu.

Tahap Kesukaran / Difficulty Level

Kredit: Square Enix

Kesukaran “Easy” membolehkan pemain menumpukan pada cerita dan bukannya pertempuran, manakala “Normal” memberikan cabaran yang adil untuk kebanyakan pemain. Dalam kesukaran “Dynamic”, musuh menjadi lebih kuat mengikut watak anda—sesuai untuk pemain yang inginkan cabaran tanpa henti.


Pada masa yang sama, PlayStation Asia turut mengeluarkan trailer baru di bawah, yang menceritakan semula peristiwa Final Fantasy VII Remake.


Maka, itu sahaja info yang kami ada tentang Final Fantasy VII Rebirth – game ini bakal keluar di PlayStation 5 pada 29 Februari 2024.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Final Fantasy VII RebirthGameplay
ShareTweetSend
Previous Post

Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Next Post

Atelier Resleriana Akan Lancar Secara Global Pada 2024 di iOS, Android & Steam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Atelier Resleriana Akan Lancar Secara Global Pada 2024 di iOS, Android & Steam!

Atelier Resleriana Akan Lancar Secara Global Pada 2024 di iOS, Android & Steam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd