Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Carta Organisasi ‘Straw Hat Grand Fleet’ – Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 20, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Carta Organisasi ‘Straw Hat Grand Fleet’ – Ahli & Rakan Di Bawah Luffy!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu kuasa terbesar dalam dunia One Piece, kekuatan kru Straw Hat memang tidak boleh dinafikan. Walaupun ramai orang anggap ini hanya kru kecil yang terdiri daripada 10 orang termasuk kapten-nya Luffy, hakikatnya Straw Hat telah bertambah besar sehingga menjadi Grand Fleet (Armada Besar). Ringkasannya, Straw Hat Grand Fleet terdiri daripada beberapa kru lanun paling hebat, dan semuanya diketuai oleh kapten yang ganas dan juga hebat bertarung.

Kredit: Toei Animation

Walaupun tidak terkenal seperti ahli Straw Hat utama, ramai kapten turut menjadi lebih popular selepas menunjukkan kesetiaan mereka kepada Luffy dan memainkan peranan besar dalam struktur Grand Fleet. Mungkin ramai tidak tahu, jadi izinkan saya jelaskan tentang struktur organisasi Straw Hat Grand Fleet.

Struktur

Kredit: Toei Animation, Shueisha

Straw Hat Grand Fleet ialah sebuah armada yang dibentuk oleh tujuh kru lanun yang berikrar untuk berkhidmat di bawah Monkey D. Luffy. Majoriti ahli armada menjadi rakan sekutu Luffy semasa saga Dressrosa yang mula berlaku pada Bab 800 dalam manga atau Episod 745 dalam anime. Secara keseluruhan, mereka mempunyai total bounty sekurang-kurangnya 10,380,001,000 berry (jika semua kru lanun digabungkan).

Kredit: Toei Animation

Dibentuk daripada pelbagai kru kuat yang berjaya tahan hidup di New World, dan bersama ketuanya Monkey D. Luffy sebagai salah seorang Yonko terbaru, Grand Fleet ini adalah salah satu armada lanun paling hebat di dunia. Daripada segi jumlah sahaja, mereka mempunyai seramai 5,650 ahli daripada pelbagai suku dan kaum; lantas membuatkan setiap kru sangat versatil daripada segi kekuatan dan artibut.

Berikut adalah carta organisasi:

Kredit: Toei Animation

Senior Captain

  • Monkey D. Luffy

Senior Officers

  • Roronoa Zoro
  • Nami
  • Usopp
  • Sanji
  • Tony Tony Chopper
  • Nico Robin
  • Franky
  • Brook
  • Jinbe

Kru yang berkhidmat di bawah Straw Hat

Kredit: Shueisha

Beautiful Pirates

Kredit: Toei Animation

Beautiful Pirates ialah kapal pertama dalam Straw Hat Grand Fleet, dan diperintahkan oleh Cavendish. Terdiri daripada 74 ahli (termasuk kuda peliharaan Farul) yang mengikutinya selepas dia dibuang dari Bourgeois Kingdom, mereka akhirnya menjadi kru lanun.

Tidak banyak yang diketahui tentang kekuatan ahli tetapi kaptennya, Cavendish, mempunyai bounty sebanyak 330,000,000 dan dikenali sebagai “Super Rookie” dalam generasinya setahun sebelum kemunculan “Worst Generation”. Korang juga perlu tahu bahawa anak kapal Beautiful Pirates cukup kuat untuk bertahan di New World tanpa memihak dengan mana-mana Yonko selama tiga tahun sebelum akhirnya bersumpah setia kepada Luffy yang akhirnya menjadi Yonko.

Barto Club

Kredit: Toei Animation

Barto Club ialah kru lanun yang diketuai oleh Bartolomeo dan merupakan kapal kedua dalam Straw Hat Grand Fleet. Kapten Bartolomeo adalah rookie terkenal kira-kira setahun selepas Perang di Marineford, dan telah memulakan perjalanannya dari East Blue hingga ke New World. Menurut Bartolomeo, anggota kru asalnya adalah gengster dan samseng. Kru ini terdiri daripada 56 ahli dan kesemuanya adalah peminat tegar Monkey D. Luffy. Malah, kapal mereka pun berbentuk seperti Luffy.

Happo Navy

Kredit: Toei Animation

Happo Navy ialah kru lanun yang diketuai oleh Keluarga Chinjao dari Negara Kano.[7] Di bawah pimpinan Sai, Happo Navy ialah kapal ketiga dari Straw Hat Grand Fleet dan memiliki kru kira-kira 1000 ahli, menurut Orlumbus.

Sebagai armada yang berpangkalan di New World, Happo Navy mempunyai kekuatan yang cukup handal. Mereka terdiri daripada kumpulan-kumpulan kapal besar, di mana posisi ketua diturunkan selama 13 generasi. Menurut cerita, tentera mereka cukup kuat kerana dapat bertahan hidup dalam pertarungan dengan Vice Admiral Garp; malah pemimpin sebelumnya, Chinjao, adalah lanun terkenal dengan bounty sebanyak 542,000,000 pada zaman kegemnilagannya.

Ideo Pirates

Kredit: Toei Animation

Ideo Pirates, dahulu dikenali sebagai XXX Gym Martial Arts Alliance ialah kru lanun yang diketuai oleh Ideo dan merupakan kapal keempat Straw Hat Grand Fleet. Hanya terdiri daripada empat orang sahaja, mereka adalah salah satu krew terkecil yang dilihat setakat ini.

Sebelum menjadi lanun, keempat-empat orang itu merupakan individu yang agak terkenal di New World. Kapten mereka, Ideo, adalah juara kepada New World Central Fighting Tournament, setelah memenanginya dua kali. Blue Gilly ialah seorang artis bela diri yang hebat dan mahir Jao Kun Do manakala kedua-dua Abdullah dan Jeet adalah bekas pemburu dan penjenayah terkenal.

Tontatta Pirates

Kredit: Toei Animation

Tontatta Pirates, sebelum ini dikenali sebagai Tonta Corps ialah angkatan bersenjata dari puak Tontatta yang dibentuk untuk memulakan Operasi SOP, dan kemudian berubah ke kru lanun. Mereka terdiri daripada 200 orang kerdil di bawah pimpinan Leo, dan membentuk kapal kelima Straw Hat Grand Fleet.

Dengan Leo sebagai ketua komander dan kapten, beberapa orang kerdil tertentu akan memegang jawatan kepimpinan berpangkat tinggi dalam kru, serta membahagikan diri mereka kepada skuad individu sendiri.

Walaupun saiz mereka kecil, ahli Tonta Corps mempunyai kekuatan yang hebat, di mana seorang orang kerdil dapat memusnahkan bangunan dengan mudah. Mereka sangat pantas, boleh menghilangkan dalam sekelip mata, dan sesuai untuk misi pengintipan.

New Giant Warrior Pirates

Kredit: Toei Animation

Seperti namanya, New Giant Warrior Pirates terdiri oleh orang gergasi dan diketuai oleh Hajrudin. Merupakan pewaris spiritual kepada Giant Warrior Pirates yang dibubarkan 100 tahun lalu, ereka pernah menjadi sebahagian daripada Buggy’s Delivery, sebelum menjadi kapal keenam dalam Straw Hat Grand Fleet. Walaupun hanya mempunyai 5 orang ahli tetapi Pirates New Giant Warrior adalah kru yang sangat kuat kerana kesemua ahlinya adalah gergasi dari Elbaf.

Yonta Maria Grand Fleet

Kredit: Toei Animation

Yonta Maria Grand Fleet ialah kumpulan 56 kapal yang diketuai oleh Orlumbus. Selepas kekalahan Doflamingo, mereka menjadi kapal ketujuh dalam Straw Hat Grand Fleet. Terdapat 4,300 ahli, termasuk admiral Orlumbus. Dari segi jumlah, Yonta Maria Grand Fleet adalah yang terbesar di kalangan kru Straw Hat Grand Fleet.

Tidak banyak yang diketahui tentang kekuatan ahli kapal, tetapi kita tahu ketuanya cukup kuat untuk bertarung di Corrida Colosseum. Bukan itu sahaja, armada itu pun nampaknya cukup terkenal, kerana ramai yang berkata bahawa jika ada sesiapa yang berjaya menenggelamkan armada itu, mereka akan mencipta nama untuk diri sendiri.


Dapatkan segala berita kami tentang One Piece di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeone pieceStraw Hat Grand Fleet
ShareTweetSend
Previous Post

My Hero Academia 407: Permulaan Kisah Villain All For One Didedahkan! [SPOILER]

Next Post

Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Suicide Squad: Kill the Justice League Bakal Adakan Alpha Test Tertutup!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd