Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!

Maira by Maira
November 8, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Trailer Rasmi BoBoiBoy Galaxy Sori Didedahkan! Bakal Tayang Awal Disember Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang didedahkan semasa Monsta Con 2023, BoBoiBoy Galaxy Sori akan ditayangkan pada 3 Disember ini melalui Netflix dan saluran Youtube rasmi Monsta! Ia juga akan hadir ke TV9 pada 13 Disember untuk tayangan umum di kaca televisyen. Sebentar tadi, Monsta telah pun melepaskan trailer rasmi untuk BoBoiBoy Galaxy Sori yang memaparkan pecahan lima kuasa BoBoiBoy! Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Kalau anda ingin tahu, BoBoiBoy Galaxy Musim 2 telah pun diacah pada bulan Ogos yang lalu dan teaser pertama siri telah pun dikeluarkan pada September 2023. Dalam trailer baharu ini, kita akhirnya bertemua dengan Qually dalam bentuk 3D setelah lama terperangkap dalam versi komik. Lebih teruja sekali, kita dapat melihat teaser kepada elemental fusion baru BoBoiBoy Solar dan Rimba, yang akan menjadi Sori!

Sumber: Monsta

Memang tidak sabar betul untuk melihat BoBoiBoy dan rakan-rakannya di TAPOPS untuk beraksi semula pada Disember ini.  BoBoiBoy Galaxy Musim 2 akan dibahagikan kepada empat siri pendek mengikut arc komik. Setiap arc akan mempunyai 6 episod kesemuanya! Ia akan menemui peminat bermula Disember 2023 sehingga Jun 2025, dengan urutan seperi berikut:

  1. BoBoiBoy Sori
  2. BoBoiBoy Windara
  3. BoBoiBoy Gentar
  4. BoBoiBoy Gur’latan
Sumber: Monsta Con 2023

Berikut adalah sinopsis Boboiboy Galaxy 2 berdasarkan komik:

Pengembaraan baru bermula! BoBoiBoy dan rakan-rakan telah berpindah ke pangkalan TAPOPS baharu di Planet Bumi, di mana mereka telah ditugaskan untuk mengekalkan keamanan di galaksi. BoBoiBoy berazam untuk membongkar rahsia Kuasa Elemen Tahap Ketiga dengan mengikut jejak langkah Master Elemental purba. Pencarian ini akan membawa wira-wira kita dari Bumi dalam pengembaraan yang menarik sambil mereka meneroka planet asing yang hebat dan menghadapi musuh baharu yang kuat.

Sumber: Monsta

Untuk mendapatkan berita lain mengenai BoBoiBoy daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: BoBoiBoy GalaxyBoboiboy Galaxy Musim 2BoBoiBoy Galaxy Sori
ShareTweetSend
Previous Post

Like a Dragon: Infinite Wealth – Sinopsis Cerita & Watak-Watak Penting!

Next Post

Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini — Umum Rockstar Games!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID
Berita

Sambut Pelancaran Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok Dengan Ganjaran Cygames ID

July 3, 2026
Rhythm Heaven Groove Kini Tersedia Di Nintendo Switch – Francais Pulang Selepas 11 Tahun
Nintendo Switch

Rhythm Heaven Groove Kini Tersedia Di Nintendo Switch – Francais Pulang Selepas 11 Tahun

July 3, 2026
“Prestasi Biasa-Biasa” – Bekas Bos PlayStation Tidak Syorkan Steam Machine Kepada Gamer Biasa
Berita

“Prestasi Biasa-Biasa” – Bekas Bos PlayStation Tidak Syorkan Steam Machine Kepada Gamer Biasa

July 3, 2026
Next Post
Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini — Umum Rockstar Games!

Trailer GTA 6 Akan didedahkan Pada Awal Disember Ini -- Umum Rockstar Games!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd