Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Apex Legends: S19 Ignite – Legend Baru Conduit, Storm Point & Ciri Cross Progression!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2023 - Updated on October 27, 2023
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Origin, PC, Preview, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Apex Legends: S19 Ignite – Legend Baru Conduit, Storm Point & Ciri Cross Progression!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Apex Legends telah mendedahkan info baharu tentang Season 19: Ignite yang dikatakan akan banyak mengubah meta dengan memperkenalkan Legend baru, Conduit, dan peta rework Storm Point serta beberapa perubahan lain.

Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baharu yang anda boleh tonton di bawah:

Tiba masanya untuk bersinar dalam Apex Legends: Ignite kerana pemain pasti akan “menyerlahkan” jalan dengan Conduit, Legend support baharu yang abiliti penjanaan shiled dan menganggu formasi musuh boleh memberikan kemenangan untuk skuad mereka.

Di sini, pemain akan bertarung melalui Storm Point, yang direka semula dengan saiz peta yang lebih kecil dan “Points of Interest” baharu untuk aksi yang lebih pantas dan bahaya. Akaun pula kini disatukan dengan Cross Progression, yang membolehkan pemain membuktikan diri mereka di kalangan komuniti dan menaiki Ignite Battle Pass untuk mendapatkan kosmetik eksklusif.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah info lengkap tentang Apex Legends: Season 19 Ignite!

Legend Baru: Conduit

Kredit: EA

Conduit merupakan Legend terbaru untuk tiba di Apex Legends Season 19, yang berketurunan Filipina. Conduit, atau nama sebenarnya, Rowenna Valentina Coffey Divina, dilahirkan di planet yang tidak diketahui sebelum Frontier War. Rumahnya tidak lama kemudian menjadi lokasi pertempuran sengit antara IMC dan Frontier Militia.

Semasa satu pertempuran, Titan kelas Monarch (mungkin dari Militia), turun ke medan perang dan mempertahankan penempatan itu daripada tentera dan Titan kelas Ion mereka sebelum dijatuhkan. Sebelum ditangkap, pilot di dalam Titan Monarc telah meletupkan bateri di dalam badan mesinnya, lalu menghapuskan musuh dan menghancurkan kawasan sekitar. Lokasi letupan itu tidak lama kemudian menjadi zon kuarantin.

Selepas tamatnya perang, komuniti Divina membina semula dan berkembang maju. Dia dan adik-beradiknya menjadi peminat kepada Apex Games, dan sering berpakaian seperti mereka dan melakonkan semula adegan yang dilihat. Semasa salah satu daripada pertempuran olok-olok ini, kakak Divina pulang ke rumah dengan tangan yang cedera parah, kemudian meluahkan bahawa dia sedang bergelut untuk membayar bil keluarga mereka.

Divina kemudian memecah masuk ke zon kuarantin, meneroka kawasan sehingga dia menemui bateri yang diletupkan milik Titan Monarch.

Bersama bateri tersebut, dia pulang ke rumah dan menggunakannya untuk mencipta pakaian combat exosuit khas, lalu memasuki pelbagai gelanggang lawan dan menggunakan duit kemenangan untuk menyara keluarganya. Walau bagaimanapun, ini memerlukan kos yang besar: kerana bateri itu perlahan-lahan membunuh Divina.

Kredit: EA
  • Savior’s Speed (Passive Ability): Conduit menerima speed boost apabila berlari ke arah sekutu di luar jangkauan Tactical Ability. Abiliti ini bertindak seperti Double Time milik Bangalore, yang membolehkan dia merapatkan jarak antara dirinya dan rakan sepasukan.
  • Radiant Transfer (Tactical Ability): Conduit memiliki dua dron yang membolehkan dia menjana perisai sementara untuk rakan sepasukan sambil menerima buff yang serupa. Keupayaan itu mempunyai dua caj, membolehkan dia menggunakan kedua-duanya pada salah seorang rakan sepasukan atau satu untuk setiap satu.
  • Energy Barricade (Ultimate Ability): Conduit menggunakan peranti mematikan perisai yang melakukan DMG dan memperlahankan musuh, sangat sesuai untuk melarikan diri dari situasi yang sukar atau memotong rotasi musuh.

Tidak boleh dinafikan, abiliti Conduit memberikan aspek support yang kuat, dan membolehkan pemain bukan sahaja bersatu dengan pasukan dengan cepat, malah memberi perisai untuk membantu mereka dalam pertarungan. Dengan bonus pergerakan laju, Conduit akan menjadi aset hebat kepada mana-mana pasukan dan salah satu Legend terbaik untuk pakai dalam solo-Q.

Peta Storm Point serba baharu

Peta Storm Point telah direka semula, di mana saiz telah dikecilkan tetapi intensiti ditingkatkan untuk menarik pemain ke lebih banyak pertempuran, secara konsisten. Perubahannya termasuk:

  • Tambahkan POI di bahagian tengah peta untuk pemain mencari pertempuran. Wattson’s Pylon dan CETO Station menjadi hot drop untuk pemain yang ingin bertarung lebih awal.
  • Kurangkan saiz peta keseluruhan untuk meningkatkan tempo mid-game. Pengurangan saiz peta ke kedua-dua garis pantai selatan dan kawasan pergunungan utara menjadikan zon ini lebih menarik untuk pertempuran awal dan mengurangkan jarak keseluruhan antara skuad.
  • Kurangkan isu di rotasi tengah. Bersama CETO Station yang menggantikan Prowler Island dan Forbidden Zone yang direka semula, rotasi melalui tengah peta menjadi lebih lancar.

Point of Interest (POI) Baru:

  • Wattson’s Pylon: Beberapa ciri ketara ialah Charge Tower di tengah POI dan Gravity Cannon yang akan melancarkan pemain ke Forbidden Zone yang direka semula.
  • CETO Station: Menggantikan Prowler Island, yang sebelum ini merupakan rotasi yang sukar kerana mengandungi elemen PvE yang tinggi.
  • ECHO HQ: ECHO telah menubuhkan ibu pejabat besar untuk menggantikan Gale Station. Struktur ini menampilkan bahagian dalam yang besar, dengan terowong di sekeliling bahagian luar untuk flanking dan zipline tengah untuk akses mudah atas bumbung.
  • Devastated Coast: ECHO telah membina tembok untuk mengukuhkan sungai daripada banjir pada masa hadapan, lalu mewujudkan struktur baharu. Sebuah bangunan yang digantung oleh kren berhampiran menawarkan lokasi yang bagus untuk skuad bertarung di kawasan itu.

Kawasan yang Rework:

Forbidden Zone: Mengurangkan isu rotasi melalui zon dengan membuang Prowler, tetapi juga menyediakan struktur untuk membina barisan hadapan dan pilihan pertahanan yang lebih baik apabila skuad dipaksa bertempur.

Lightning Rod: Selain menambah ZEUS Station, Respawn mengurangkan saiz keseluruhan zon ini untuk menjadikan POI ini berasa lebih terhubung antara satu sama lain dan seluruh Storm Point.

Cross-Progression

Para Legend kini boleh mempamerkan semua kosmetik, badge dan achievement mereka yang dikumpulkan merentas platform dan akaun dengan Cross Progression. Tidak kira di mana mereka bertarung, “legenda” mereka akan terus berkembang.

Legend dan inventori yang ada adalah sama di seluruh platform kecuali untuk barangan eksklusif seperti berikut.

Hanya di PlayStation PS+ Pack Items 
Hanya di XboxXbox Founder’s Edition
Xbox Gold Items
Hanya di Nintendo P.A.T.H. Legendary Skin 

Update kepada Rank

Promotional Trials bakal dilancarkan di Ignite. Buktikan kemahiran anda untuk memperoleh promosi ke peringkat Rank seterusnya. Apabila mencapai puncak Rank, pemain mesti melengkapkan set cabaran terhad masa untuk mendapatkan promosi. Promotional Trials memastikan tahap kemahiran minimum untuk setiap peringkat Rank.

Maklumat tentang Rank akan diumumkan dalam patch note seterusnya.


Apex Legends boleh dimainkan secara percuma sekarang di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch dan PC melalui aplikasi EA, Origin dan Steam manakala update Season 19 akan datang pada 31 Oktober 2023. Untuk membaca segala liputan kami tentang game ini, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsStorm Point
ShareTweetSend
Previous Post

Review iPhone 15 Pro Max – Definisi Apple Untuk “Smartphone Gaming”

Next Post

Jualan tiket The Marvels bermula hari ini! Tayangan bermula 9 November!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Jualan tiket The Marvels bermula hari ini! Tayangan bermula 9 November!

Jualan tiket The Marvels bermula hari ini! Tayangan bermula 9 November!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd