Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘Dynasty Warriors M’ Lancar Di Malaysia – Download Sekarang Di iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2023
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Taktikal
0 0
0
‘Dynasty Warriors M’ Lancar Di Malaysia – Download Sekarang Di iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Nexon dan Koei Tecmo telah mengumumkan Dynasty Warriors M, judul aksi RPG berdasarkan Dynasty Warriors 9, untuk iOS (App Store) dan Android (Google Play). Game ini kini tersedia secara soft launch di Thailand, Singapura, Filipina, Indonesia dan negara kita Malaysia sebagai game free-to-play dengan pilihan mikrotransaksi berasaskan item, manakala pelancaran di seluruh dunia akan menyusul tidak lama lagi.

Di sini, peminat boleh bersiap sedia untuk mengalami dunia epik Dynasty Warriors dengan Dynasty Warriors M, yang membayangkan semula kisah legenda dalam format baharu. Dengan pelbagai ciri baru, game mobile ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pendatang baru.

Secara am, game ini membolehkan pemain mengalami semula naratif Three Kingdom dalam format yang “fresh”, dan memberi peluang kepada pemain untuk mengumpul dan menguatkan 50 pahlawan legenda yang berasal dari 5 puak berbeza. Setiap pahlwanan memiliki kuasa Musou masing-masing, yang merupakan elemen ikonik kepada francais Dynasty Warriors.

Kredit: Nexon

Seperti saya kata tdi; Dynasty Warriors M mempersembahkan kisah Three Kingdoms dalam bentuk sinematik, jadi pemain boleh mengalami semula peristiwa bersejarah seperti Pemberontakan Turban Kuning dan Pertempuran Luoyang dalam perspektif baharu.

Gameplay strategik pula merupakan fokus dalam Dynasty Warriors M di mana pemain boleh memanfaatkan taktik individu setiap pahlawan, dan mengubah momentum perang untuk memihak kepada mereka. Dengan memakai senjata dengan pelbagai bonus, pemain boleh merancangan kombinasi yang hebat untuk mengalahkan musuh.

Kredit: Nexon

Berlatarbelakangkan era Three Kingdoms, pemain akan meneroka peta luas yang merangkumi 13 wilayah dan terdiri daripada 520 peringkat. Sebagai komander, kita ditugaskan untuk menawan istana, mengumpul sumber, dan menguatkan tentera.

Jika anda peminat kepada francais Dynasty Warriors atau ingin cuba game pertempuran strategik dengan tema sejarah, Dynasty Warriors M adalah pilihan yang bagus! Sekali lagi saya ingatkan, game ini kini tersedia di iOS dan Android.

Kredit: Nexon

Dapatkan segala berita kami tentang francais Dynasty Warriors di SINI!

Tags: AndroidDynasty Warriors MiOS
ShareTweetSend
Previous Post

METAL GEAR SOLID: MASTER COLLECTION Vol. 1 Kini Tersedia! Alami Semula Perjalanan Snake!

Next Post

Preview BattleJuice Alchemist – Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Preview BattleJuice Alchemist – Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]

Preview BattleJuice Alchemist - Bukan Magic Tapi Alchemy! [gamescom asia 2023]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd