Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai Namco Entertainment Asia umum barisan Game untuk Thailand Game Show 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2023
in Artikel, Berita, Demo, Pameran/Expo
0 0
0
Bandai Namco Entertainment Asia umum barisan Game untuk Thailand Game Show 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia telah mengumumkan barisan game mereka untuk Thailand Game Show 2023 – salah satu pameran permainan video terbesar di Asia Tenggara. Tahun ini, peserta akan dapat merasai sendiri game baharu dan akan datang, seperti TEKKEN 8, SYNDUALITY Echo of Ada, NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS, SAND LAND dan SWORD ART ONLINE Last Recollection.

Pada masa yang sama, judul SQUARE ENIX seperti FINAL FANTASY VII REBIRTH, DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince dan STAR OCEAN THE SECOND STORY R juga akan ditampilkan di reruai Bandai Namco Entertainment Asia (selaku pengedar rasmi di Asia).

Bagi mereka yang singgah, Bandai Namco Entertainment Asia akan mempamerkan game di atas di reruai E3, E7, di Dewan 3-4 di Queen Sirikit National Convention Center, Bangkok, Thailand.

Selain itu, produser dan pengarah bagi beberapa game yang disebutkan tadi juga akan tampil di reruai Bandai Namco Entertainment Asia untuk di Thailand Game Show 2023.

Datang dari ibu pejabat Bandai Namco Entertainment, Michael Murray selaku Produser Projek TEKKEN dan TEKKEN 8, serta Yosuke Futami, Produser SYNDUALITY Echo of Ada, akan hadir di acara tersebut.

Pencipta DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince juga akan hadir untuk menyokong pameran – terutamanya, Yuji Horii sebagai Pengarah Besar dan Kento Yokota sebagai Produser.

Akhir sekali, pengarah FINAL FANTASY VII REBIRTH, Naoki Hamaguchi, akan membuat kemunculan, jadi jangan ketinggalan untuk melihatnya secara langsung di reruai Bandai Namco Entertainment Asia.

Berikut adalah antara game terbitan Bandai Namco Entertainment Asia yang anda boleh cuba di Thailand Game Show 2023!

TEKKEN 8

SYNDUALITY Echo of Ada

NARUTO X BORUTO Ultimate Ninja STORM CONNECTIONS

SAND LAND

SWORD ART ONLINE Last Recollection

https://www.youtube.com/watch?v=k3B35NoqKb4

FINAL FANTASY VII REBIRTH (SQUARE ENIX)

DRAGON QUEST MONSTERS: The Dark Prince (SQUARE ENIX)

STAR OCEAN THE SECOND STORY R (SQUARE ENIX)

Pelbagai giveaway menarik dan kejutan mendebarkan lain tersedia untuk hadirin, jadi nantikan kemas kini pada platform media sosial Bandai Namco Entertainment Asia untuk info lanjut!

Tags: bandai namco entertainment asiaThailand Game Show 2023
ShareTweetSend
Previous Post

MSI Bravo 17 C7V Review — Laptop berkuasa, Boleh gaming pada bila-bila masa sahaja!

Next Post

SEGA Publisher Sale Kini Tersedia di PS Store! Potongan Harga Sehingga 80%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
SEGA Publisher Sale Kini Tersedia di PS Store! Potongan Harga Sehingga 80%!

SEGA Publisher Sale Kini Tersedia di PS Store! Potongan Harga Sehingga 80%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd