Diumumkan pada bulan Julai yang lalu, game konsol pertama siri, Jujutsu Kaisen Cursed Clash nampaknya sudah ada tarikh rasminya! Melalui laman web PlayStation Store, Jujutsu Kaisen bakal menemui peminat pada 2 Februari 2024. Kami pasti ramai yang tidak sabar untuk bermain game baharu ini.
[UPDATE]
Bandai Namco Entertainment telah pun mengumumkan tarikh pelancaran secara rasmi. Anda boleh tonton trailer rasmi game di bawah.
[Petikan asal artikel]
Beberapa trailer gameplay character juga telah didedahkan, dan yang terbaru adalah gameplay watak Maki, Panda dan Inumaki. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.
Tentang Jujutsu Kaisen Cursed Clash
Game ini merupakan game aksi 2v2, di mana anda dan rakan anda ingin mamahiri Cursed Technique oleh Jujutsu Sorcerer dan Cursed Spirits. Gunakan kesemua cursed technique unik daripada setiap watak dan lawan bersama-sama untuk menjadi lebih kuat. Alami pertarungan hebat di mana musuh anda merupakan seseorang yang mempunyai cursed techniques kuat dan domain expansion! Terdapat lebih daripada 15 watak yang akan muncul dalam game nanti!
Ia akan dilancarkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Alang-alang menunggu game ini keluar, bolehlah wishlist dahulu game ini!

Kalau anda masih belum menonton siri anime Jujutsu Kaisen, anda boleh ke platform seperti Netflix, iQIYI dan Bilibili. Siri manga juga boleh dibacakan secara percuma melalui aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post